ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Car Malaysia lancar S90 sedan dan V90 T5 wagon

Views

Baru baru ini Volvo Car Malaysia telah melancarkan model baharu S90 sedan dan V90 T5 wagon yang dibina menggunakan pelantar/platform Scalable Product Architecture (SPA) dan bakal bersaing dalam segmen premium. Rekabentuk luarannya dan dalamannya tampil penuh bergaya, anggun dan mewah yang dipengaruhi dari tradisi kemewahan Scandinavian dan tidak lupa juga teknologi keselamatan Volvo yang menjadikan model ini terbaik dalam kelasnya.

Volvo S90 dan V90 ditawarkan dalam dua varian iaitu T5 dan T6 R-Design yang dijana oleh enjin 2.0 liter turbo T5 berkuasa 254 hp pada 5,500 rpm dengan tork maksimum 350 Nm dari 1,500 hingga 4,800 rpm. Volvo S90 dan V90 dilengkapi dengan ciri ciri seperti City Satefy,  Brek Kecemasan Automatik (AEB), Pilot Assist (separa-autonomi) sebagai pakej teknologi keselamatan standard.

Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Onyx Black, Ice White, Osmium Grey dan Bright Silver dan varian T5 pula ditawarkan satu warna eksklusif iaittu Mussel Blue. Untuk kemasan dibahagian dalaman pula, pelanggan boleh memilih tiga pilhan tema warna iaitu Charcoal, Amber dan Blond dengan gabungan warna kemasan iaitu Iron Ore atau Dark Flame Birch. Harga di atas jalan termasuk GST (tanpa insurans) untuk model S90 T5 ialah RM388,888 dan RM393,888 untuk model V90 T5. Jom saksikan video rangkuman pelancaran yang telah editor kami sediakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

0volvos90_01 10-volvo-s90-r-design 2017-Volvo-S90-R-Design-cabin-02 2017-Volvo-V90-4 v541_mini_pdp_module_05_gallery_module_01_large_thumbnail volvov90-rdesign01 volvov90-rdesign07

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Volvo s90 & v90 adalah pesaing kepada BMW 5 series Dan Mercedes E-class. S90 & v90 jauh lebih murah berbanding 5 series Dan E-class. Separuh harga dari pesaingnya

Leave a Reply