ARKIB

KATEGORI

Buletin

SPYSHOTS : Kenderaan elektrik ZET buatan tempatan!

Views

zet spyshots 1

zet spyshots 2

Saya baru sahaja menerima email foto-foto spyshots ini melalui Arish Qutb Ahmad Khan. Menurutnya, kenderaan elektrik yang mempunyai rekaan seperti bas mini ini berjaya dirakamkan oleh individu yang hanya mahu dikenali sebagai anonymous di Puchong. Difahamkan kenderaan elektrik yang dinamakan ZET ini dibangunkan oleh syarikat tempatan, DreamEDGE Sdn Bhd. Tiada info lanjut mengenai spesifikasi kenderaan tersebut setakat ini.

Adakah ZET bakal dipertontonkan semasa perarakan hari Merdeka 31 Ogos ini atau diKLIMS13? Sama-sama kita nantikan kemunculannya!

TERKINI : Info tambahan dari Shamsul Yunos

Prototaip ini sedia untuk dikomersilkan jika ada permintaan daripada  operator dan pelanggan. Sasaran model ini adalah sebagai “green urban transit solution” (disebabkan ia adalah model elektrik sepenuhnya) sebagai pengangkutan semasa acara seperti LIMA, kegunaan kampus universiti, resort dan sebagainya. Tidak dapat dipastikan sejauh mana kenderaan ini boleh pergi untuk sekali cas. Info lain bakal menyusul nanti. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

11 Comments

Leave a Reply