ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua tawar aksesori Sistem Pemantauan Tekanan Tayar GearUp Smart Bluetooth pada harga pengenalan RM385

Views

Perodua telah memperkenalkan alat Sistem Pemantauan Tekanan Tayar GearUp Smart Bluetooth dengan harga pengenalan RM385 sehingga 30 Jun ini. Selepas tempoh tersebut ia akan djual pada harga RM430 di Semenanjung Malaysia beserta dengan jaminan selama enam bulan, sama seperti aksesori GearUp yang lain.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata dengan alat tersebut, Perodua telah menjadi pengeluar kereta di Malaysia yang pertama untuk memperkenalkan sistem pemantauan tekanan tayar dengan menggunakan aplikasi mudah alih sebagai aksesori tulen. Alat ini dibangunkan dan dikeluarkan oleh syarikat tempatan.

Produk tersebut terdiri daripada empat sensor tayar berasingan dan peranti pintar dalam kereta. Sensor tayar yang dimasukkan ke injap tayar (pada tudung injap) menghantar maklumat melalui Bluetooth ke peranti pintar dalam kereta. Peranti tersebut mempunyai empat lampu yang mewakili setiap tayar pada kenderaan tersebut. Jika tekanan saah satu daripada tayar jatuh di bawah 8 peratus daripada nilai yang disyorkan, bunyi akan dikeluarkan dan lampu akan menyala bagi memberi amaran kepada pemandu.

Produk ini merupakan yang kedua dikeluarkan di bawah inisiatif Kempen Keselamatan Jalanraya yang dilancarkan Oktober tahun lalu, selepas Kerusi Keselamatan Kanak-kanak. Dengan alat ini, pengguna lebih mudah memantau tayar mereka supaya berada pada tekanan yang disyorkan, d samping menjaga jangka hayat tayar, membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan keselamatan keseluruhan kenderaan.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi mudah alih FOBO Tire (tersedia untuk iOS 7.1 dan Android 4.3 ke atas) dan dapatkan data masa sebenar tekanan tayar kenderaan dan suhu tayar menerusi Bluetooth. Aplikasi ini juga boleh menyimpan data atas awan bagi membolehkan pengguna lain, seperti ahli keluarga. Sebagai contoh, seorang pengguna di rumah boleh memantau maklumat dalam masa nyata sementara kenderaan itu dipandu oleh ahli keluarga.

Untuk mengelakkan kecurian, sensor tayar individu boleh dikunci dengan menggunakan jarum kunci (termasuk). Peranti pintar dalam kereta mempunyai sensor gerak terbina dalam – apabila ia tidak mengesan sebarang pergerakan, ia diaktifkan kepada mod tidur untuk menjimatkan bateri. Sensor tayar dikuasakan oleh bateri sel syiling manakala peranti pintar dalam kereta dikuasakan oleh dua bateri AA (termasuk semua bateri).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply