ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengubahan wang haram – Pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah direman

Berita Tempatan

Views

Pengasas bersama serta pemegang saham syarikat penerbangan tambang rendah serta anak dan isterinya yang ditahan selepas disyaki terbabit kes pengubahan wang haram direman selama empat hari sehingga Sabtu ini.

Ketiga-tiga suspek tiba di banggunan Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di Kuala Lumpur, pada pukul 12.18 tengah hari bagi urusan siasatan lanjut dijalankan terhadap mereka.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, keputusan tersebut diperoleh selepas permohonan reman dibuat di Lokap Berpusat Jinjang, di sini, pukul 10 pagi tadi.

“Suspek direman selama empat hari(bermula hari ini),” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ ditahan, bersama isteri serta anak lelakinya selepas disyaki terbabit kes pengubahan wang haram, semalam.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Ramli dilaporkan berkata, ketiga-tiga individu yang ditahan berusia berusia 26 tahun hingga 57 tahun.

Katanya, penahanan itu bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Tangkapan dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang di Shah Alam, Selangor. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply