ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu ambulans singgah ambil pisang goreng ketika bawa pesakit, hospital mohon maaf

Tular

Views

Sebuah hospital di Nakhon Nayok, Thailand mengarahkan siasatan dilakukan berhubung insiden seorang pemandu ambulansnya berhenti untuk mengambil pisang goreng daripada penjaja tepi jalan ketika membawa pesakit, lapor portal berita Thai PBS World kelmarin.

Berikutan insiden itu, pihak hospital menghantar wakilnya untuk memohon maaf kepada keluarga pesakit tersebut, Sommai Thongkerd, 64.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Dia menaiki ambulans tersebut kerana mengalami kesukaran bernafas pada Jumaat lalu. Dalam perjalanan ke hospital, pemandu berkenaan berhenti sebentar untuk mengambil pisang goreng daripada penjaja tepi jalan.

Pemandu itu dilaporkan memesannya menerusi internet dan memberitahu penjaja untuk menyerahkan makanan tersebut ketika dia dalam perjalanan ke hospital.

Anak perempuan Sommai, Suchada Mali, 32, yang berada dalam ambulans bersama bapanya yang sakit memerhatikan kejadian tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Insiden terbongkar selepas wanita berkenaan mengadu mengenainya di media sosial selepas aduan kepada pihak hospital tidak membuahkan hasil.

Pada Isnin lalu, pihak hospital mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan bahawa ambulans tersebut cuma berhenti selama tiga saat.

Sommai dimasukkan ke hospital untuk diagnosis dan mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang pada keesokan harinya selepas keadaannya kembali normal. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply