ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perdana Menteri keluar arahan sekat kapal Israel dari berlabuh di Pelabuhan Klang

Berita Tempatan

Views

Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang seperti dijadualkan pada Selasa minggu depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia selaras dengan arahan sekatan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkuat kuasa serta-merta.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Menerusi satu kenyataan, Lembaga Pelabuhan Klang telah diarahkan untuk membantu syarikat logistik, pengimport, pengeksport dan perkapalan dalam menguruskan kargo masing-masing yang terjejas.

Terdahulu, Anwar mengumumkan Malaysia tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Selain itu, sekatan larangan turut dikenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuat kargo di pelabuhan Malaysia.

Langkah itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Anwar Ibrahim

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply