Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) telah menerima lebih 4,000 tempahan untuk model sedan kompak S70 yang telah dilancarkan pada 28 November lalu.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah, sokongan yang menggalakkan itu mencerminkan kepercayaan dan keterujaan pelanggan terhadap penawaran terbaharu ini.
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Ujar beliau, selepas menjadi peneraju dalam segmen kenderaan utiliti sukan dengan model seperti Proton X50, X70, dan X90, pihaknya kini membawa kehebatan teknologi tersebut kepada sedan keluarga baharu.
Tambah Roslan, minggu lalu, Proton S70 membuat penampilan sulungnya di Sabah, dan kini pihaknya akan meneruskan keterujaan tersebut ke Sarawak pula.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa pelancaran Proton S70 di Sarawak, semalam. Proton menyasarkan jualan melebihi 3,000 unit sebulan untuk model ini dalam tahun pertamanya.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, model ini dijana oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder dengan pengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi dwicekam 7-kelajuan (7DCT) yang menghasilkan 150 PS dan 226 Nm daya kilas.
Empat pilihan varian ditawarkan dan berikut adalah senarai lengkap varian termasuk harga (atas jalan tidak termasuk insurans):
- 1.5T Executive – RM73,800
- 1.5T Premium – RM79,800
- 1.5T Flagship – RM89,800
- 1.5T Flagship X – RM94,800
Penghantaran Proton S70 dijangka akan bermula pada awal tahun hadapan, manakala varian yang paling popular adalah Premium dan juga Flagship. – MalayMail
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Proton Cars
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI