ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto Perdana 2016 warna putih bocor!

Views

Nampak hensem pula Perdana 2016 warna putih kan? Foto ini telah tersebar di laman Facebook Proton Perdana 2016 beberapa jam yang lalu. Perdana 2016 varian 2.4 Premium tanpa sebarang tampalan penyamaran itu berada dalam kawasan yang tidak diketahui dan telah berjaya dirakam. Secara kasar kita masih dapat melihat asas rekaan Accord generasi kelapan dengan pengolahan dibuat di bahagian depan dan belakang.

Kami jangka Proton terpaksa melakukan major facelift sahaja kerana jika merombak keseluruhan rekabentuk terutama bahagian melibatkan ujian perlanggaran, ia memerlukan kos yang sangat tinggi dan ujian perlu dibuat semula di makmal ujian yang bertauliah.

Jadi setakat itu sahaja dapat dilakukan kerana model ini bukanlah teras jualan Proton yang lebih tertumpu pada model segmen B dan C. Kami dengar kos nak membangunkan model ini mencecah RM200 juta! Tarikh pelancaran model yang paling lama tertangguh ini juga masih misteri. Tunggu je lah ye!

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

perdana 2016 putih - front perdana 2016 putih - rear

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

22 Comments


    • Sebagai salah sorang yang ada kaitan dgn Proton, sbnrnya Tun dah suruh lancarkan pada bulan 12 tahun lepas lagi. Tapi delay..delay..dan terus delay…

      Final word, Tun suruh kereta ni keluar awal bulan 4. Tapi apakan daya sebab masalah dalaman Proton, maka masih tak dapat penuhi permintaan Tun. Akhirnya Tun yang resign dulu, kereta tak keluar lagi…

      Kesian…


    • Budak2 RND n top management tak ‘ngam’..tu yg bumper pon tak ‘ngam’.. masing2 nak jatuhkan sesama sendiri.. dia salahkan dia..
      Lama2 lingkup ler proton.. hurmmmm


  • awat laa bumper tu complicated sgt yer…cuba buat simple macam perdana skrg ni..elok jer bulat n terletak…siyess xpaham aku ngn RnD proton ni…padahal aku laa org yg kuat menyokong proton selama ni, kali ni terpaksa kondem gak sebab teruk beno!


    • R&d biasa buat dah cantik,biasa akan ada pengolahan dr tangan2 top managment,r&d proton takda kuasa penuh masa design kereta…biasa akan ada ganguan disebabkan kos & lain2….dulu pernah berurusan dgn mereka,styling awal biasa cantik,mcm biasa yg ada kat konsep car proton.


  • Aku rasa mmg belakang proton perdana ni gagal. serabut weh bumper belakang tue, mcm Preve serabut tau tak. spoiler belakang tu pun aku rasa macam tak padan jer. Aodoyai Proton.


  • so, kalau tengok gambar tu, betullah “fake integrated exhaust tip” ikut warna badan kereta…Nampaknya ada konflik kat situ sama ada designer proton nak jadikan ia sebagai sebahagian rekabentuk bumper atau memang takde niat nak buat macam real “integrated exhaust tip”.

    Kalau gini, memang nampak design tu ala2 ah beng.


  • Basi sudah proton..segalanya lembap dr proton.. sejak tahun lepas mencanag x sudah..2016 nk keluar 4 model..nk dkt setengah tahun..satu model pn x lancar..poyo lh proton..
    Marketing strategi hampeh..
    Musim perayaan adalah waktu paling byk jualan kenderaan..
    Tp proton x npk pekara itu..klau proton terus mcm ni..lembap sentiasa..x peka..
    alamat x lama lh ttp kompeni.
    Dh makin meluat..tengok proton.kompeni y xde misi dan visi!!!
    Marketing hampeh..design hampeh..kompeni pn hampeh!!


  • model persona ,saga , exora bold adalah jantung proton. jadi proton perlu buat sehabis baik untuk model2 tersebut supaya kelangsungan hidup proton berkekalan, baik dari segi desingn dan kualiti.. jangan buat sekadar ada pada model tersebut.rekabentuk perlu terkini mengikut kehendak pasaran bukan kehendak syarikat. tengok pada produa dimana myvi dan viva ( ganti axia) y mandapat sambutan terus bergerak kehadapan dengan wajah baru y segar.. tolonglah proton anda tak seharusnya berbangga sebagai pengeluar kenderaan bermula dari lakaran kertas hingga kepenghasilan model sebenar ‘jika hasilnya tidak mampu memikat hati pembeli’. jualan anda juga semakin merudum..proton perlu ada CEO y berkarisma spt datuk syed zainal.


  • meluat n menyampah bkn erti tidak sayang.. sesiapa pn kita rakyat malaysia mahu melihat proton maju dan setanding dengan pengeluar kereta dunia. membeli ataupun tidak produk proton kita ttp menyokong proton..tapi proton perlu menjadi syarikat y memeng nak buat kereta perlu benar2 serius baik dlm rekabentuk, kualiti, servis selepas jualan. jauhi politik, kurangkan birokrasi, design mengikut kehendak semasa..sekarang zaman IT sesiapapun boleh melihat rekabentuk terkini mana2 pengeluar kereta y lebih wow,umphhh,mantap rekabentuknya. pesaing anda adalah syrikat bertaraf dunia. PROTON PERLU LEBIH BERANI BERMAIN DENGAN REKABENTUK TERKINI.. ianya kehendak pasaran bkn kehendak syarikat. Syarikat hidup kerana penuhi kehendak pasaran. ‘kasihan pada proton spt dianaktirikan’

    Cheers!

Leave a Reply