Kelibat Daihatsu Move yang sedang diangkut dengan sebuah treler telah berjaya dirakam oleh rakan kita Hoh Shook Sheng semalam. Kereta yang bertutup itu dapat dikesan sekitar lebuhraya NKVE. Bentuk lampu belakangnya kelihatan seperti versi Move Custom RS. Pada tahun lalu, kami pernah menyiarkan foto risikan model Daihatsu Move pernah ditemui sekitar Kuala Lumpur tanpa sebarang pelekat penyamaran.
Adakah Perodua bakal menggantikan model Kenari tidak lama lagi? Lagipun sehingga ke hari ini masih belum ada pengganti model tersebut. Ada baiknya juga model ini dibawa masuk kerana ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan jika kena dengan harga yang ditawarkan, mungkin model ini boleh laris seperti Myvi dan Axia. Kami cukup berkenan dengan versi Move Custom RS yang seakan-akan Toyota Alphard mini.
Kami akan cuba merisik-risik sumber terdekat dari Perodua mengenai perkara ini. Jika kami memperolehi sebarang maklumat yang boleh dikongsi, kami akan paparkan di sini dari semasa ke semasa. Tunggu!
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
Saya percaya model ini dipasang kilang baru Perodua untuk eksport ke Indonesia. Model ini ada dinyatakan akan dilancar di Indonesia dan ada dipamer semasa GIIAS 2015. Tidak pasti akan dilancar di Malaysia. Model ini menggunakan enjin 660cc (spec semasa pameran di GIIAS 2015), adakah pembeli di Malaysia boleh terima enjin kecil ini? Orang Malaysia rasanya lebih suka enjin berkapasiti yang lebih besar/power.
Proton
please rebadge suzuki wagon r stingray
Ni cuma model nak test alat2 bantuan seperti bantuan memotong, autonomus emergency braking dan sebagainya untuk diapsang di kereta-kereta perodua menjelang 2018.