ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota tawar ganjaran hebat sepanjang bulan April

002 Star_37x261_v0
Views

Spenjang bulan April, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd (UMWT) menawarkan ganjaran hebat kepada pembeli model terpilih keluaran Toyota. Tawaran ini akan berlangsung sehingga 30 April 2016 di seluruh bilik pameran Toyota seluruh negara. Bergantung kepada model dan varian, ganjaran tersebut merangkumi rebat tunai yang menarik sehingga RM4,000 di mana ia dapat membantu mengurangkan ansuran bulanan.

Sebagai tambahan, pembeli model Toyota Vios, Corolla Altis atau Camry Hibrid turut mendapat servis berjadual percuma selama lima tahun dan Toyota Vios dan Corolla Altis juga didatangkan dengan aksesori yang bernilai sehingga RM7,200. Aksesori tersebut termasuklah sistem infohiburan DVD audio-video dengan sistem navigasi, kamera undur, aerokit dan perakam video digital.

“Model keluaran Toyota sentiasa memberikan nilai yang hebat untuk wang anda kerana ia bukan sahaja dilengkapi pelbagai perkakasan dan ciri-ciri standard tetapi ia cukup terkenal dengan kualiti binaan yang tinggi yang membolehkan kenderaan Toyota tahan lebih lama,” kata Presiden UMWT, Datuk Ismet Suki.

Datuk Ismet menambah UMWT mempunyai panel kewangan yang menawarkan pinjaman sewa-beli dengan kadar faedah yang menarik. Memandangkan mereka bekerjasama dengan UMWT, permohonan dapat diuruskan dengan cepat dan mudah (tertakluk kepada terma dan syarat).

UMWT turut mempunyai panel insurans di mana pembeli yang membeli polisi insurans dengan mereka akan mendapat faedah tambahan seperti urusan memproses tuntutan lebih cepat setiap kali pembaikan apabila berlaku kemalangan.

Program ganjaran ini turut disediakan untuk kenderaan yang dibeli semasa siri Jelajah Toyota WOW Road Show yang kini sedang berlangsung. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi bilik pameran Toyota yang berhampiran atau hubungi talian bebas tol Toyota – 1800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

002 Star_37x261_v0 Poster_60x80_v1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply