ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua lancar Kempen Kemalangan Sifar libatkan 10,300 kakitangan

Views

Perodua telah melancarkan Kempen Kemalangan Sifar untuk 10,300 pekerjanya di seluruh negara sebagai fasa seterusnya selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya pada Oktober 2017 bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Di bawah kempen tersebut, Perodua mensasarkan kemalangan jalan raya sifar yang melibatkan kakitangan pergi dan pulang dari tempat kerja masing-masing serta kemalangan industri sifar semasa menjalankan tugas masing-masing menjelang tahun 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, kempen Kemalangan Sifar Perodua ini merupakan inisiatif pertama kami khas buat para kakitangan kami, melibatkan bahagian pengeluaran, penjualan dan lepas jualan, agar mereka boleh menjadi contoh sebagai pemandu baik dan berhemah supaya mereka boleh menjadi contoh terbaik buat semua.

Kempen Kemalangan Sifar Perodua ini disokong oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Kedua-dua organisasi ini berada di bawah Kementerian Sumber Manusia. Kempen Kemalangan Sifar Perodua akan dilancarkan secara berperingkat bermula dari 13hb Ogos hingga akhir tahun. Datuk (Dr) Aminar berkata Perodua akan memperoleh pengajaran dan pengalaman daripada kempen ini untuk memanfaatkan Kempen lima-tahun Keselamatan Jalan Raya Perodua.

JOM BACA >> Gambaran Digital SUV Perodua Rekaan Gunma Akagi

Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dengan mendidik para pemandu tentang kepentingan memahami dan mematuhi peraturan asas jalan raya seperti memakai tali pinggang keledar, menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak, menggunakan lampu isyarat membelok serta tidak menggunakan peranti mudah alih semasa memandu.

Perodua memilih pendidikan sebagai pendekatan kerana syarikat percaya kebanyakan pemandu Malaysia tahu mengenai peraturan jalan raya, tetapi mereka mungkin tidak memahami sebab-sebab di sebalik peraturan tersebut. Sudah tentu pendidikan akan mengambil masa yang lama, tetapi apabila mereka memahami sepenuhnya, kesannya akan menjadi lebih kuat.

Kempen Kemalangan Sifar Perodua ini telah dirasmikan oleh Datuk (Dr) Aminar dan disaksikan oleh Pengarah JKKP Kedah En Hairozie Asri, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin serta Presiden Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kumpulan Perodua.

JOM BACA >> VIDEO : Mazda CX-3 2018 – Lebih Comel Dan Senyap Berita Automotif Ulasan Pandu Uji

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply