ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua perkenal pakej “Terima Kasih, Cikgu”

Views

p2-logo

Sempena Hari Guru pada 16 Mei ini, Perodua memperkenalkan satu pakej eksklusif untuk mengucapkan terima kasih, penghormatan dan meraikan pendidik berdedikasi negara. Pakej yang dinamakan “Terima Kasih, Cikgu” menawarkan rebat sebanyak RM1, 000; pelan insurans kemalangan peribadi bernilai RM20, 000 serta kadar sewa beli yang kompetitif, serendah 2.7%, dari bank-bank yang mengambil bahagian.

“Pakej ini adalah cara kami menghargai sumbangan para pendidik kerana berkhidmat kepada masyarakat tanpa mementingkan kepentingan peribadi dan dedikasi mereka dalam mendidik anak-anak kita – dari kami semua di Perodua, Terima Kasih,” Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata.

Pakej “Terima Kasih, Cikgu” bermula dari 16 Mei-15 November 2013 dan adalah sah untuk semua varian Perodua termasuk Siri S. “Selain tawaran tersebut, pembeli terawal (yang telah menempah kenderaan mereka antara 16 dan 31 Mei) adalah berhak untuk kad hadiah RM200 petrol (mengikut terma dan syarat),” kata Aminar.

“Bersama-sama dengan servis 3 tahun percuma, kami percaya bahawa pakej ini menawarkan nilai yang terbaik, bagi wang selain pengalaman permotoran secara keseluruhan,” katanya. Pakej “Terima Kasih Cikgu” ini terbuka kepada semua pendidik dari institusi pendidkan awam dan swasta .

Institusi-institusi ini termasuk mereka dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Kolej Komuniti, Institusi Pengajian di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (seperti KEMAS, TASKA serta TABIKA) serta institusi pengajian lain yang diiktiraf (mengikut terma dan syarat). Bagi mereka yang berminat sila kunjungi mana-mana 186 bilik pameran jualan Perodua seluruh negara atau sila layari laman web Perodua di www.perodua.com.my untuk maklumat lanjut.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply