ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Petron tawar koleksi patung adiwira Avengers: Infinity War

Views

Kami yakin peminat-peminat komik dan filem adiwira pasti akan menyerbu stesen minyak Petron yang berhampiran untuk mendapatkan koleksi istimewa patung Avengers: Infinity War. Jualan koleksi istimewa ini telah bermula dari 5 April 2018 sehingga 31 Mei 2018. Untuk membeli adiwira patung kegemaran, anda perlu mengisi minyak sebanyak RM50 terlebih dahulu bagi membolehkan anda membuat pembelian patung tersebut dengan harga istimewa RM45 seunit. Setiap patung mempunyai fungsi yang berbeza.

Antara watak adiwira yang ditawarkan adalah:

  • Black Widow (Hab USB)
  • Doctor Strange (Papan Mesej Elektronik)
  • Thor (Pengecas-Pelbagai)
  • Hulk (Pemegang Pad Memo)
  • Iron Man (Lampu)
  • Captain America (Penggera Mudah Alih)

Tunggu apa lagi, serbu lah stesen minyak Petron yang berhampiran sekarang! Sementara stok masih ada. Ada yang nak belanja kami patung ni ke? Dapat Hulk pun jadilah.

Foto kredit Petron Bertam MALIM

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply