ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua terus komited bekalkan alat ganti untuk Myvi generasi kedua

Views

Walaupun sudah memasuki generasi ketiga, Perodua terus memberi komitmen untuk menyokong keperluan pengguna Myvi generasi kedua dengan membuka kilang pengeluaran untuk mengeluarkan alat ganti baharu untuk model tersebut. Ia akan dikendalikan oleh vendor Perodua, IQM Sdn Bhd di kilang pengeluarannya yang terletak di Proton City, Tanjung Malim. Fasiliti tersebut akan membekalkan komponen seperti hud, pintu, fender, panel suku dan bumbung.

Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, En. Takahashi Masanori semasa perasmian pembukaan Myvi Service Parts Line berkata, syarikat akan memberi komitmen untuk mengeluarkan alat ganti berkualiti tinggi dan mampu milik untuk kenderaan Perodua, bagi memastikan keselamatan, kemudahan dan ketenangan fikiran kepada pelanggan.

Perodua memilih untuk mendapatkan khidmat syarikat luar untuk mengeluarkan alat ganti untuk Myvi generasi kedua kerana kilang pengeluaran mereka berada pada kapasiti maksimum. Sebagai pembekal alat ganti untuk model Viva sejak pengeluaran model tersebut dihentikan pada 2014, IQM merupakan pilihan yang natural untuk projek ini.

Selain Myvi generasi kedua dan Viva, alat ganti tulen bagi model Myvi generasi pertama, Kelisa dan Kancil masih lagi dikeluarkan oleh vendor di Malaysia sehingga kini. Terdapat ramai pengguna Myvi generasi kedua, dengan jumlah unit melebihi 519,000 telah dihasilkan dari Mei 2011 hingga Oktober 2017. Ini adalah sokongan rakyat Malaysia dan Perodua mengambil kepercayaan ini dengan bersungguh-sungguh.

Buat masa ini, Myvi Service Parts Line di IQM Tanjung Malim hanya mengeluarkan komponen badan kerana permintaan yang sangat tinggi. Alat ganti enjin untuk Myvi generasi kedua akan terus dikeluarkan secara sekaligus di PMSB, Rawang manakala alat ganti lain dikeluarkan oleh beberapa vendor.

Sebagai pembekal penempa besi, komponen pemasangan bahagian badan dan tiub brek kepada Perodua, IQM mula mengeluarkan alat ganti servis untuk model Viva pada 2014 setelah pengeluarannya berakhir. Alat ganti Viva masih lagi dikeluarkan sehingga hari ini di fasiliti IQM Tanjung Malim. IQM Sdn Bhd telah dilantik sebagai vendor Perodua sejak 2002 dan sepanjang tempoh tersebut kedua-dua syarikat telah membina hubungan yang kukuh berdasakan kepercayaan, kualiti dan kesetiaan kepada para pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply