ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Persona R giat diuji

Views

Foto risikan terbaharu Persona R ini telah berjaya ditemui oleh Nigel Stewart. Tidak dipastikan di mana lokasi spesifik kereta ini ditemui, namun melalui maklumat tambahan yang diterima ia berkemungkinan di sekitar Lebuhraya Elite menghala ke Klang dan Ipoh.

Walapun masih sarat dengan pelekat penyamaran, kita boleh melihat rekaan bahagian belakang yang nampak lebih harmoni dengan rekaan keseluruhan. Dijangka model ini diperkenalkan seawal suku kedua 2016 dan persediaan untuk pra-pengeluaran kini sedang giat dijalankan. Persona R akan dipasang di kilang Proton, Tanjung Malim.

persona r - funtasticko

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

51 Comments


  • Masalah Proton sekarang ialah enjin… lain-lain (hiasan dalaman/luaran) tiada masalah… tapi enjin memang tak cukup daya pecutan… myvi manual 0-100 bawah 10s… tapi iriz 12s..

    Haritu balik kampung terborak dengan pakcik kampung pasal kereta.. dia cakap exora (cps) tak larat bawak barang… baru isi 3-4 guni baja dah tak larat naik bukit… habis macam mana proton nak hapus imej tiada kualiti??


    • Alamak Exora jadi lori baja… hehehe, hebat pakcik… ni saudara Rosdi kena beritahu Proton, mungkin dia tak sedar Exora orang guna untuk angkat barang berat…

      tapi saya memang setuju enjin kena ada yang oomph sikit, harap enjin turbo GDI tu mantap lah


    • Acceleration tak penting untuk kereta compact.Yang penting bawak sedap.Myvi tu acceleration laju tapi bawak laju tak boleh kehkehkehkeh.


    • Kena pikir lebih skit bro, kena paham knapa keta proton kurang pecutan. Dia biasanya lebih berat kerana saiznya dan sistem keselamatan. Rangka nya lebih tebal. Dari segi enjin dah ok. Kalau nak yg laju ambik la CFE, pecut laju. Saya ada both myvi n preve. Sy faham bila org ckp myvi lg lincah, sbb badan dia lg ringan. Tp safety kongkang. Saya dah diselamatkan oleh preve beberapa kali yg mana jika sy bawak myvi pada keadaan yg sama rasanya saya xda dah sini.


  • Proton sekarang ibarat telur di hujung tanduk….apa2 keputusan yg proton buat mmg akan beri impak yg besar dan bersejarah buat industri mereka…antara jatuh dan bangun…antara berjaya dan gagal. Kepercayaan orang Msia pada Proton pun makin tipis. Bukan tak boleh, tapi selalunya benda2 remeh ni la yg memburukkan imej. Preve dgn SuprimaS., kereta yang bagus, berkualiti, tapi ada masalah pada sistem turbo. Mmg tk boleh dielakkan. Org tak salahkan bila benda itu berlaku…yang orang salahkan, bila Proton tak selesaikan masalah itu secara official. Buat recall…selesaikan. Mudah bukan. Bila satu kereta ada masalah…kemungkinan kereta lain pun boleh dapat nasib yang sama. Recall ni untuk elakkan owners lain dapat apa yg owner pertama kena. Cegah kan lebih baik dari ubat. Takkan la nk tggu kereta rosak baru nk suruh owner trkial2 pegi SC. Mmg ada warranty, tapi..after sales experience tu tak seronok la kan. Iriz pula, dah bagus…elok…design pun the best of the best lah…tapi dah tau ada masalah rattling, biar je? Kenapa tak buat recall? Kesian owners….majority Melayu kita yang niat tidak lain untuk tolong sesama Melayu kita. Come on PROTON! Sekurang2nya ada lagi segelintir orang yang masih ada kepercayaan pada ANDA. Tiga model serangkai 2016 ni….buat la yang terbaik. Taknak dah CVT bising2..taknak lagi dashboard rattling..taknak dah skru longgar2..taknak dah pekerja SC layan owners mcm nak taknak….taknak dah bagi alasan vendors2…kalau ada…selesaikanlah….itu antara anda dengan vendors…you give them money…anda yang berkuasa…taknak dah org recommend beli brand lain….dua tiga tahun mendatang ni memang mencabar….teruskan perbaiki…do the best…dapatkan semula takhta Jenama No.1 Malaysia…saya taknak lihat Proton terkubur…kerana saya membesar dangan Proton….saya sayang Proton 🙂 😉


    • yes proton has to go at the very detail of the components.
      tests every component,
      ok ,, exora for eample..
      –glovebox damper fastener (screw) could be loosened after short while, rattles of course.
      –second row seat flip lever wobbled due to improper design screw that allowed to turned as the lever turn, it loose and rattle
      –drivers seat squeak due to the seat backrest joint lack of grease. friction during movement caused squeaking.
      — passangers’ air bag cover also rattles,,,,
      — to mention a few,,,,,,, and there are some more to list

      CAN PROTON LOOK INTO THESE SIMPLE LITTLE THINGS THEY TRANSLATE THEM INTO A BIG WORD ………. ‘ QUALITY’

      ( constructive comments )


      • Betul tu bro…saya setuju…sebab saya owner Exora MC…hehe….saya faham apa yg bro mksudkan…dn saya pun experienced…tapi, saya tak kisah, sbb boleh betulkan balik sendiri….tapi berapa la sangat org yg nk selesaikan sendiri? Bila dh jadi…first thing kluar kat kepala:”kereta proton tak bagus”. Mana taknya, baru brp bulan guna dh longgar sana sini. Small matter bgi pihak Proton. Tapi, impak dia besar kalau ambil endah tk endah. Owner akan crita kt orang lain..pstu lama2 timbul la persepsi masyarakat kata kereta proton tak bagus.


        • right, and just now i found the ecu protector at front passenger’s foot well produce metal rattling sound due to bad design, the protector touches the ecu body,,, what to do is pad with rubber foam will sort it out .


    • betul tu bro, member rumah aku yg kerja sbg QC ngan vendor proton ada bg tau.. mereka xgerun sgt dgn proton sebab dr rekod mereka, proton x banyak pun komplen ttg kualiti produk yg d buat,
      tapi kalau produk toyota, honda siap la.. bernanah la telinga kena complane kena buat balik… benda defect sikit² pun Toyota, Honda complane… kawan aku kena p dekat kilang toyota thailand kutip balik produk yg sudah siap d hantar pd kilang toyota.
      tapi kalau produk Proton relax ja..hantar mcm mana pun Proton terima..dh pasang bila problem kata vendor problem…tapi tindakan tegas pd vendor x ambik action pun..
      ni QC yg bg tau ni..mula² produk mmg kilang akan buat full spec dr segi kualiti meterial..tapi bila dah running production lama² vendor akan kurangkan atau tukar meterial pada yg gread rendah sikit untuk kurangkan kos pengeluaran..sapa yg xmau untung maaaa…
      So..tolong la sapa² dr sebesar² pangkat sampai la tukang tampal sticker QC PASS tu…minta la bertanggungjawab n jgn tido sgt..nnti Allah soal balik nk jawab apa?
      aku sedih dgr cita member aku ni..
      aku syg pd proton n aku pun guna proton…banyak dh perubahan maju yg d lihat..engine, kekuatan casis, teknologi, handling..good job proton.
      tapi kalau kualiti produk masih d takuk lama… duk bela vendor yg dh naik lemak n kepala
      buat la kereta yg boleh terbang pun.. mentality Proton sbg kereta xde kuality dlm kepala sesetengah rakyat Malaysia ni akan kekal sepanjang zaman.

      jgn kecam aku, aku pn pakai Proton jugak..


      • Proton kena la tegas dalam hal2 ni….itulah kalau dah Melayu….mmg Melayu lah kerjanya….nak marah org pun tk reti,..kat customer tau pulak nak marah…


        • Sila jangan menipu….ramai pekerja di proton…. dari engineer sampai ke jawatan eksekutif …. ada sahaja semua bangsa….. jangan membongak sampai melempar kata-kata tidak wujud. Melayu tidak malas, dan mereka yg tahu konsep rezeki yang di janjikan Allah. Produk keluaran orang yang berusaha cekal akan sentiasa mendapat keberkatan, berzakat dan memanuhi sifat Toyyibban.

          Mari peluk Islam dengan sepenuhnya. dan mengucapkan syahadah dengan bersaksi kekuasaanNya dan kewujudan pesuruhnya.


          • أشهد أن لا إله إلا الله….وأشهد أن محمد رسول الله


      • Puji bukan main Toyota dan Honda konon. Memang pun….vendor macam P3-21 ni…. yang kata kawan dia kata tu…. fitnah bukan main dan bukti tiada hanya kata-kata jahat dan bermuslihat bagi menjana persepsi negatif. Ini adalah perkara biasa vendor yg jahat dengan membekal lambat, mempunyai tipu muslihat dalam pembekalan, melaksana kontrak dengan sambil lewa kepada proton. Di bawah DRB, tiada lagi perkara ini dan segalanya melalui sistem ETM….. Jadi kalu nak jual sangat toyota tu memang nampak sangat biasnya Pengomen P3-21.


        • Memang pun sebab dah akhir zaman pun…. memang ramai pemfitnah digital dan lidah tak bertulang. Lagi-lagi nak dekat launching kereta baru proton….. maka berduyun-duyunlah Pemfitnah segera keluar komen mereka yg dangkal itu supaya dapat mengurangkan sales kereta baharu tersebut.

          Memang sudah jadi trend manusia, “Anak kau lelaki ke perempuan? Lelaki- bapak cakap nak jadikan dia engineer dan jika perempuan- jadikan dia doktor. All is well.” Celah mana kome lebih tahu daripada ketetapan Allah SWT.


    • Thanks menipu dgn memfitnah…. biasalah org yg hidup tak tenang bila ada perkembangan baharu tentang kemajuan Proton.

      Kepada cubaan-cubaan menghancurkan imej sebuah organisasi dan semua manusia yang bekerja didalamnya…. Amin…. pada komen ini jika ia benar maka pahalalah jawabnya dan jika tidak benar pula….cilaka jasad, roh, dan amal bakal di akhirat. Allah Maha Kaya.

      Didoakan proton kekal berjaya. Allah Maha Kaya akan menunjukkan jalan kepada mereka-mereka yang berusaha cekal. Amin.

      Amin….pada kata celaan mereka.

      Amin ….. juga pada kata pujian mereka.

      Amin ….. juga kepada segala perancangan-perancangan mereka yang berusaha positif.


  • jangan cakap banyakla…dulu masa PDI dioutsourcekan ke 3rd party…antara 6 kereta yg dihantar hanya 1/2 yang lepas…balance kene hantar blk kilang…last2 bukan buat any improvement pun,tapi longgarkan syarat perlepasan PDI pasal yard psl dah penuh n tak nak pening kepala jawab ke Datuk Syed..tu attitude P1…dah macam tu nak tukar mcm mana lagi…shortcut, nak senang, cover line. cover vendor…SOP pun boleh main tukar je…kalau aku jd owner p1, lama dah aku buang segala top/mid mgmt…buat balik..ambik org jepun balik jaga quality…


    • Kalu kecewa doalah pada Allah SWT.

      Jadi amal Islam dengan sepenuhnya….

      Jika anda bukan Islam, didoakan “Ya Allah, bukakan hati mereka yang jahil itu dengan hidayah dan petunjukMu yang berhikmah.”

      Kereta ini adalah hasil usaha mereka-mereka yang berusaha cekal dan gigih. Ya Allah, bukakan pintu hati pekerja proton untuk berusaha dengan gigih, taat pada masa, kerap berdoa kepada Mu, dimurahkan rezeki mereka, bukakan secubit pengetahuan Mu Yang Maha Luas kepada pakar-pakar engineer di syarikat ini, dipermudahkan mereka melaksanakan aktiviti jualan produk mereka ke seluruh dunia, di percepatkan proses pemulihan syarikat dan organisasi mereka kearah penjanaan kekayaan Malaysia, di lembutkan hati-hati pendusta serta pencerita fitnah tentang kejahilan mereka, bukakanlah pintu hati pembeli/pelanggan supaya tertarik dengan rekaan terbaharu ini, juga Engkau sedarkanlah mereka dengan segala cara berhikmah Mu……

      Ya Allah SWT sesungguhnya Engkau Maha Kaya yang menentukan, menetapkan, menjadikan, membina, dan merealisasikan segala impian hamba-hamba Mu.”

      Amin. Ya rabbal a’lamin..


  • Sabotage team says
    Haha
    Nampaknya ahli2 team sabotage sudah bekerja
    Cari idea lagi
    Reka cerita dogeng lagi supaya proton tutup kedai
    Terbaik ahli team sabotage


      • Mmm… hehehe… kalau kereta proton belasah jer masuk kebun, bawak brg gie niaga pasar mlm. Lenjan abis2. Kalau kereta lain mahal. Syg kena jga elok2. Kalau rosak spare part mahal. Kereta branded segan nk bagitau kalau rosak pun. Kalau proton x pe. kalau buat hal dh tau nk melalak kat blog mana n nk viralkn kemarahan;p… mentaliti org kita…. x kot;p sorry.

        Cheers!


        • Tu la….saya pun dah tktau nk kata apa….asal proton je guna habis2an….habis jahanam kereta….kalau toyota ke…nissan ke…honda ke…..sayang…kalau boleh hari2 basuh….baik punya jaga….haha….kesian Proton…selalu kena mcm ni


  • Team sabotage says

    Saya rasa ahli blog sebelah pintu telah masuk kedalam blog ini.
    Sila hati2
    Jangan mudah pecaya

    Next sabotage proton sampai tutup kedai


  • Sila ingat Tuhan wahai pengomen lidah tidak bertulang….. terima kasih kerena memfitnah, memviral fitnah, melempar kata demi nafsu permotoran untuk diri sendiri.

    Beringatlah fitnah yang dibuat akan kekal sampai mati. Ia bakal ditanya walaupun sekecil zarah…. sepatah kata tidak berbukti akan kekal dalam buku amal bakti kamu, kita, mereka dan semua kita bakal dinilaikan berat amal jariah kemudian ditolak dengan segala dosa bahana yang kita lakukan didunia. Akhirat adalah satu alam yang kekal menentukan syurga atau neraka, dan tiada lagi alam selepas itu.

    Kereta kat dunia je pengomen tak bertulang, maka kurangkan lah amalan kamu dengan segera dengan memfitnah. Selagi tidak minta maaf, maka selagi itu dosa itu masih tercatat di buku amalan duniamu.


  • Hahaha…bila cerita perkara sebenar kata sabotage, fitnah…hehe..takpalah..kalau aku menipu mmg berdosa …tapi aku rasa aku cakap benar…jadi aku percaya disebaliknya…jadi yg makan gaji buta kat proton tu apa hukumnya? Yg cbuk cover line shortcut cover vendor baikkk.punya tu apa hukumnya?..porahhh

    attitude tak berubah nak harap produk improve? Nak berhadis hadis pegi.berhadis la staf2 proton..company kete jepun tak payah berhadis pun quality lg bagus lagi berintegrity..

    Sedarlah warga proton…tanggungjawab terletak pada hangpa…proton reflect quality produk kete ‘islam’..buruk quality kete org ‘islam’. It represents the people behind it


    • saya rasa setiap orang perlu bekerja dengan jujur dan bersungguh2..memang segelintir orang kita kerja malas2 tp bukan majoriti..kalau majoriti lingkup la malaysia…tapi kalau ikutkan hebat jgk malaysia ade company kereta sendiri kalau nk dibandingkan dengan bilangan penduduk..negara kita kecil dengan penduduk yang tk ramai mampu buat kereta…negara jiran kita yang besar2 pun belum boleh lg buat kereta sendiri…


    • Amin ………… terhadap lidah tidak bertulang anda yg sedang direkod tunggu bicara di akhirat.

      Bawalah dengan bukti…. bukan hanya pandai mengayat sahaja.


    • Orang sembang pasal defect kereta P1 dekat sini lah……… https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial/

      Tapi anda kena berani lah…. talian hotline pelanggan P1, email complain P1, semua ado….

      Bagi lah …… no. chasis kereta, no. telefon, alamat rumah….or buat appointment supaya pakar dari SC / or HQ boleh datang tengok.

      Malu ja….jgn jadi katak bawah tempurung….


  • Beri saya peluang mencelah. Hampir 2 tahun Azura bold saya bermasalah. Jenuh dah pergi SC situ SC sini. Semuanya hampeh belako. Sampailah satu masa Allah nak tunjukkan. 2 bulan terakhir sebelum warranty tamat, saya bawa lagi ke SC KB, ada lah sorang mekanik kat situ yang dah familiar dgn Azura saya ni. Dia cuba yang terbaik, dan akhirnya Azura saya kembali remaja. Rupa-rupanya sensor oxygen yang bermasalah. Semenjak itu, tiada lagi masalah pada Azura saya. Siapa kata Azura tak power. Baik tobat segera… sekarang ini, sedang menunggu Persona R untuk keta proton yang ke5 saya. Klu tak cun, saya akan angkat Preve pula selepas ini, in shaa Allah.


  • Ekonomi 2016 merupakan tahun yang mencabar buat semua. Ramai yang bakal kehilangan kerja, dipotong gaji dan elaun di samping kos sara hidup yang semakin tinggi. Bank-bank sudah mula mengenakan syarat pinjaman yang ketat. Kemungkinan besar, kadar faedah akan naik.

    Orang ramai sudah mula berkira-kira dan mengambil sikap berhati-hati dalam berbelanja dan hanya tertumpu kepada barang keperluan saja, Sektor automotif antara yang terjejas, walaupun MAA menjangkakan jualan kenderaan pada tahun ini akan meningkat. Jumlah jualan kereta bagi suku pertama dan kedua tahun ini bakal menunjukkan trend jualan kelak.


  • Al Quran,Hadith, doa dan kinsep tawakkal kepada Allah SWT itu teras kepada amalan kita umat Islam. Tp MALANGYA amalan Agama tidak diamal ikhlas pun, tapi bila bab nak menangkis atau nk cover benda tak betul cepat2 sebhgian org Islam gunakan Agama, tp tang buat kerja atau mnjaga kualiti produk waktu itu mana dia rasa honest dan ingt pd hukum Allah?

    So jgnlah nk lindung keburukan sikap org kita dgn guna slogan Agama. Mmg benar sbg sifat kualiti dn amanah dlm Islam ada pd bngsa Jepun. Klu sikap tk berubah jgn harap Allah akn ubah nasib kita umat Islam. Cerita2 kt atas bukan semua fitnah, mmg ada g kita pernah lalui dgn Proton. Kesusahn dn sumpah seranah krn Proton tk jaga kualiti tegas dgn sop dn qc blh jd doa yg mngkin diaminkan para malaikat, mka kita takut berpatah balik kpd nasib Proton yg tidak mmpu nk berjaya. Wpun sudah 30 tahun. So kita yakin dgn pengurusanDRB semua derita dn cerita buruk pelanggan dpt dikurangkn. Jg kualiti krn ia adalah fardhu dn melanggar ia adlh khianat krn setiap sen wang hasil trsebut akn jg pndptn pd staf. So hopefully Proton terus agresif dn cemerlng dlmbab kualiti ini.


    • betul sgt tu saudara..nk cover, guna hadis bagai, padahal bahagian kerja tak amanah tu yang kena highlight dulu. komen sikit kata fitnah, komplen sikit kata fitnah. yg org komen ngan komplen ni mende yg x logik sgt ke. puas dh teman ckp, memang kereta lain pun rosak, ada defect tp xde la rosak tu jd dlm mase seminggu dua atau setahun dua. lagi satu duk kata pakai toyota, bmw kalau rosak tak komplen. sapa yang tak komplen? org komplen juga tapi dekat topik kereta toyata dgn bmw la. kt topik proton memang komplen pasal proton, nk komplen pasal jenama lain buat apa? tang tu pun xleh mikir ke?

      hmm..


      • Mmm… part amanah tu tggungjawab masing2. Betul dah tu… masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengembooo…:) Ini tamsilan jer tau, x hina sapa2…. Cuma bila kambing atau lembu BMW ker, lexus ker toyota dll… bunyi dia polite jer berbanding proton… bernanah gak la gegendang telinga bila dh start berbunyi complaint nnya.. Bukan sumer cengini kot… hahaha…Chill bro! jgn marah2:)

        Cheers!


      • Wow… hebat sbb hari-hari kecewa dan geram bila ada perkembangan baharu tentang P1.

        AlQuran dan Hadis diguna pakai dalam setiap perkara. Takpa Allah SWT ada pada org yg berusaha keras…. tapi bagi orang yang berkomen keras tanpa membawa bukti2 sahih dan jelas tepat, macam mana pula….. jgn tulis syahadah sahaja, baca, bermuhasabah, dan fahamkan.

        Benda yg tidak dapat dilihat nak di sepah, di selongkar, di semakkan, di sabotaj, dan di susun balik…katanya kasi telus. So Komen Positif = proton, kalu komen Negatif = apa pula? Niat, tujuan dan perkara yg tidak dapat dilihat oleh mata kita adalah kekuasaan-Nya.

        Jangan kita melebihi batas kata….. Allah ada menilaikan anda dan saya.

        Wow….soal kereta tiada kaitan dengan beragama? Silalah anda mengucap syahadah semula, dan bermuhasabah…. malaikat sedang merekod lajak kata kita yg menidakkan kekuasaanNya.

        Etika yang baik adalah tunjuk bukti dan kemudian sambung bincang dan bahas dekat SC, bhgn khidmat pelanggan P1 sambil direkodkan. Cakap2 juga, bukti ado? Takat lekat2 nota dekat kereta P1…. kemudian viralkan. So what is your aim? Anda tidak percaya kepada orang dan hati jadi tidak tenteram.


      • Orang sembang pasal defect kereta P1 dekat sini lah Zer oi……… https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial/

        Tapi kena berani lah…. talian hotline pelanggan P1, email complain P1, semua ado….

        Bagi lah no. chasis kereta, no. telefon, alamat rumah…. supaya pakar dari SC / or HQ boleh datang tengok.

        Malu ja….jgn jadi katak bawah tempurung….


  • Tp kalau fitnah ke apa ke, tu aku tk sokong. Kita manusia. Manusia mau brubah. Wlau pn skit. Aku rasa mkn gaji buta bkn kt proton je. Pegi lunch balik lewat, hampir tiap mggu. Tk rasa apa.
    So sama2 kita brubah..

Leave a Reply