ARKIB

KATEGORI

Buletin

PEDA : TPPA Bakal Buka Pasaran Lebih Luas Kepada Proton

Views

Memetik laporan dari Malaymail online Persatuan Peniaga Proton Edar Malaysia (PEDA) yakin bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan membuka laluan yang lebih besar kepada Proton untuk meneroka pasaran kesemua 12 negara yang mengambil bahagian.

Menurut Presidennya, Armin Baniaz Pahamin, selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PEDA yang pertama tahun ini berkata, jawatankuasa PEDA sebulat suara menyokong TPPA dengan syarat kereta Proton dapat masuk ke pasaran negara-negara anggota secara bebas dengan sekatan yang minima. Ujar beliau, “Pasaran tempatan kita akhirnya akan mendapat manfaat melalui penetapan harga yang lebih kompetitif hasil daripada skala ekonomi yang dicapai,”

Tanpa TPPA , Proton akan menghadapi sekatan import yang ketat ke atas keretanya. Tambahnya lagi “Kami percaya TPPA bakal meliberalisasikan sekatan ini bagi memudahkan Proton untuk mengeksport kereta keluarannya ke negara-negara anggota sepertimana syarikat-syarikat asing masuk ke Malaysia” .

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


  • Mmm… gelombang pertama. US tingkatkn teknologi pengeluaran lombong minyak syafnya. Tingkatkn pengeluaran n keluarkn stok minyaknya secara besar-besaran. Berlaku lebihan minyak. Harga minyak jatuh teruk. Effect kpd negara pengeluar minyak lain dan opec.

    Gelombang kedua, US naikkan kadar faedah mata wangnya berbanding matawang lain. Dollar mengukuh n beberapa matawang lain terkesan. Ada yg jatuh teruk. Lebih terkesan kat ekonomi negara besar seperti china n rusia n beberapa negara eropah lain serta negara yg berdagang dgnnya. Gelombang ketiga adalah masa utk US meluaskan pasaran dagangannya dlm bentuk perjanjian perdagangan seprti tppa nie bila diorg dh kuasai pasaran minyak n dollar mengukuh. Negara2 kecil yg terkesan dgn 2 gelombang tadi dijangka terima perjanjian nie utk tingkatkn eksport n luaskan pasaran bila 2 gelombang tadi memberi kesan ke atas ekonomi masing2. So far, dari rantau sini, vietnam n msia, singapore n brunei menyusul. Ada pro n kontra dlm perjanjian yg hanya melibatkan 12 negara sahaja.

    Berbalik dlm industri auto, company tempatan seperti proton kena bersedia bersaing dgn produk2 luar yg lebih bereputasi hebat. Mmg pasaran akan lebih terbuka n luas tapi kena setanding otherwise terus hanyut n kalah dlm bentuk penjajahan ekonomi alaf baru nie ciptaan negara uncle Sam nie… sekian.

    My 2 kupang.

    Cheers!


  • TPPA
    Seorang professor & pakar ekonomi memberikan perumpamaan mudah. Kita dan jiran kita bersetuju untuk share parking space di rumah masing2. Ini bermakna kita boleh parking kereta kita juga di rumahnya, dan juga dia juga boleh parking kereta dia di rumah kita.. perjanjian bijak kan?

    Tetapi, kita hanya ada 1 kereta, dan jiran kita ada banyak kereta. Maka, apa yg berlaku adalah semua kereta dia parking di rumahnya dan rumah kita akhirnya. dan kita tak boleh marahkan atau keluarkan kereta dia, nanti dia boleh saman kita pulak. Lama2, kereta kita pun tak boleh parking sebab semua kereta jiran kita tu ada di kedua2 rumah.

    ok faham?

    kita adalah Malaysia, negara membangun yg kecil, manakala jiran tu adalah negara2 maju yg besar eksport nya.

    PENGALAMAN SAYA BERNIAGA DI LUAR NEGARA
    Amat payah produk dari Malaysia nak masuk negara2 maju ni terutama di Europe. Dari cabaran nak comply dengan pelbagai standard & regulations, serta branding dan volume (economic of scale). Kalau dah dapat masuk pun (setelah pelbagai cabaran dan comply regulations), nak bertanding head to head mmg susah, sbb volume depa amat besar dan depa boleh jual bende quality pada harga lebih rendah sebab volume amat tinggi dan kos per unit lebih rendah secara umum.. dan kekadang depa harga rendah giler nak grab market supaya kita exit..

    dan sebenarnya Asia lah market best untuk expand market sebab sedang grow dengan bail manakala di Eropah dan negara maju, perkembangan/growth sana dah tepu dan negatif.. memang depa nak sangat expand di sini..

    so, sapa rugi? fikir2 la sendiri. wallahu’alam.

Leave a Reply