ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Pescao ke MotoGP musim 2018?

Views

Laman sesawang Pescao 55 memaklumkan pasukan PETRONAS Raceline Malaysia mencabar pelumbanya, Hafizh Syahrin Abdullah atau Pescao55 untuk naik pangkat ke kategori MotoGP pada tahun 2018. Kemaraan empat pelumba senior Moto2 musim lalu ke MotoGP juga ibarat membuka jalan kepada Hafizh untuk menaiki podium dengan lebih kerap pada musim ini.

Menurut Barry Leong, Prinsipal Pasukan PETRONAS Raceline Malaysia, tahun ini adalah peluang terakhir untuk Hafizh dan pasukan PETRONAS Raceline Malaysia membuktikan diri mereka di pentas MotoGP kerana sudah masuk empat musim pasukan Moto2 tersebut ditubuhkan. Tambah Barry lagi, beliau tidak mahu melihat kecemerlangan karier Hafizh hanya tamat di kancah Moto2.

Baginya, pelaburan yang dicurahkan oleh PETRONAS dan pihak penaja yang lain adalah sia sia jika Hafizh gagal beraksi di pentas MotoGP. Pasukan PETRONAS Raceline Malaysia sudah melaungkan bahawa mereka mahu Hafizh naik ke podium sebanyak mungkin pada tahun ini dan berada dalam kelompok lima pelumba terbaik di akhir musim. Hafizh dilihat sudah mempunyai cukup pengalaman dan dibantu oleh pasukan teknikal yang sudah serasi untuk membuktikan sesuatu musim ini.

Latihan pertama pra-musim Moto2 bakal berlangung di Jerez, Sepanyol pada minggu ke-2 bulan Mac dan latihan pra-musim ke-2 bakal berlangung pada pertengahan bulan Mac di Losail, Qatar. Hafizh bakal menguji jentera bercasis KALEX baharunya pada musim ini di Jerez sebelum memulakan perlumbaan pertamanya di Qatar pada 26 Mac ini (awal pagi 27 Mac waktu Malaysia).

KLIK UNTUK BESARKAN

covergp MTZ_3008 MTZ_7269 MTZ_8319

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply