ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

PETRONAS Durance pastikan jentera Silver Arrow sentiasa berkilat

Views

Demi memastikan jentera Silver Arrow sentiasa berkilat semasa beraksi di litar, PETRONAS Lubricants International (PLI) telah mengumumkan pembekalan produk penjagaan kereta jenama PETRONAS Durance untuk Pasukan Formula Satu MERCEDES AMG PETRONAS. Produk penjagaan kereta premium itu merangkumi pembersih kokpit, fast wax, dan penggilap kereta yang dirumus khas dan dikeluarkan oleh Arexons, dikilang Cernusco sul Naviglio, berhampiran Milan, Itali.

Sebagai penaja nama dan rakan teknikal, PETRONAS bekerjasama rapat dengan pasukan Silver Arrows untuk membangunkan PETRONAS Fluid Tehnology Solutions (FTS), satu pendekatan pintar kepada keperluan bendalir yang memaksimumkan prestasi melalui penawaran produk yang direka khas dan perkhidmatan pakar. Pembekalan produk penjagaan kereta PETRONAS Durance pula bakal mengukuhkan lagi perkongsian bersama pasukan tersebut.

PETRONAS setakat ini telah meformulasikan lebih 200 campuran bahan api yang telah diuji dan dinilai oleh Pasukan Formula Satu MERCEDES AMG PETRONAS dan 20 daripada campuran tersebut telah digunakan di litar lumba. Sementara itu, lebih 50 enjin, transmisi dan pelincir hidraulik juga telah dibangunkan. Kejayaan perkongsian ini terbukti dengan pasukan memenangi kategori pengeluar selama tiga tahun berturut-turut sejak 2014.

Produk PETRONAS Durance boleh didapati secara meluas di seluruh Eropah, dan PETRONAS memperluaskan saluran pengedaran untuk memastikannya lebih mudah didapati. Untuk pertanyaan mengenai produk, sila hubungi [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

1487827177_Picture_1 1487827201_Picture_2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply