ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petronas Syntium SE diformulasi khusus untuk kereta Proton

Views

Proton dengan kerjasama Petronas hari ini melancarkan rangkaian eksklusif minyak enjin Petronas Syntium SE yang diformulasi khusus untuk kereta Proton. Minyak enjin yang direka khusus dengan teknologi CoolTechTM ini dapat membantu melindungi dari kenaikan suhu yang melampau, menjadikan enjin kereta lebih efisyen untuk pemanduan yang mudah.

Ia sekaligus mengoptimumkan prestasi kereta Proton dan pada masa yang sama memperbaiki kos pemilikan kereta untuk jangka masa panjang. Pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, YBhg Dato’ Ahmad Fuaad Kenali dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Lubricants Marketing (M) Sdn Bhd, En. Zubair Abdul Razak.  yang membantu melindungi dari kenaikan suhu yang melampau, menjadikan enjin kereta lebih efisyen untuk pemanduan yang mudah

Rangkaian Petronas Syntium SE ini boleh didapati di semua pusat servis Proton yang diiktiraf. Minyak enjin ditawarkan dalam tiga pilihan, Petronas Syntium 3000 (5W-30) sintetik sepenuhnya, Petronas Syntium 800 (10W-30) separa- sintetik dan Petronas Syntium 500 (15W-40) yang berasaskan mineral. Servis berkala bagi kesemua kereta Proton adalah 10,000 km dan ini digunapakai untuk semua jenis minyak enjin, termasuk minyak enjin Petronas Syntium SE. Hasil kerjasama ini dapat membantu pemilik kereta Proton berjimat sehingga 20% untuk servis yang seterusnya di pusat servis Proton Edar.

Selain itu pelbagai inisiatif yang telah diambil Proton seperti menambah bilangan pusat servis yang beroperasi tujuh-hari seminggu, dan pengenalan aplikasi mudah alih MyProton telah menyumbang kepada keputusan memberangsangkan dalam penilaian Indeks Perkhidmatan Pelanggan 2016 (Customer Service Index, CSI) oleh JD Power. Hasilnya, Proton mengalami peningkatan sebanyak 19 mata berbanding tahun sebelumnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

14991089_1266901686666647_5156227511505570402_o 15002478_1266901559999993_2083992707902772200_o 15016376_1266901783333304_7151541128226508288_o 15025438_1266901529999996_4384198601727047978_o 15042283_1266901506666665_5976022432696158143_o

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply