ARKIB

KATEGORI

Buletin

Westlake Tyres dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Views

Dengan sokongan penuh dari pengeluar tayar global ZhongCe Rubber Group Co. Ltd, yang mempunyai pengalaman selama 55 dalam industri automotif, Westlake Marketing Malaysia melancarkan operasinya di Malaysia, dengan menawarkan pelanggan tayar berkualiti premium dengan harga mampu milik.

Serentak dengan itu Westlake Marketing Malaysia memperkenalkan siri tayar di bawah jenama Westlake untuk kereta penumpang, trak dan bas, off road serta tayar untuk kegunaan perindustrian hinggalah pertanian. Westlake Tyres mempunyai fasiliti dan teknologi tercanggih untuk mengeluarkan pelbagai jenis tayar yang direka untuk permintaan pasaran Asia Tenggara.

“Pelancaran pada hari ini menandakan satu pencapaian baharu buat kami di Westlake Marketing Malaysia. Kami juga berbangga menjadi pengimport dan pengedar tunggal jenama Westlake yang menawarkan pelbagai jenis tayar dengan kualiti premium pada harga mamu milik.” kata Tan Heong Thong, Pengarah Urusan Westlake Marketing Malaysia.

Antara pelbagai jenis tayar Westlake termasuklah PCR (Tayar Radial Untuk Kenderaan Penumpang), SUV (Kenderaan Utiliti Sukan), 4×4 (Pacuan Empat Roda), LTR (Tayar Radial Trak Ringan), LTS (Tayar Radial Trak Ringan Bias), TBR (Tayar Radial Trak & Bas), OTR (Off The Road), Perindustrian, Pertanian, dan TBS (Tayar Trak & Bas).

Kesemua jenis tayar ini telah dibangunkan dari pusat Penyelidikan dan Pembangunan ZC Rubber Group di Hangzhou, China, yang mempunyai 1,300 pekerja terlatih dengan kepakaran untuk membangunkan produk baharu dan mempertingkatkan produk sedia ada berdasarkan kajian khusus untuk pelbagai permintaan dari pasaran yang berbeza. ZhongCe Rubber Group telah pun mengeksport tayar kepada lebih 16 juta pengguna dan komersil selain 35 juta tayar basikal dan motosikal ke 160 buah negara dan lebih lima bilion pengguna.

Westlake Marketing Malaysia merancang untuk membuka 100 pusat tayar Westlake, yang akan menyaksikan pembukaan lima hingga tujuh  Pusat Westlake setiap tahun. Menjelang akhir tahun ini, tiga Pusat Westlake akan mula berperasi di Semenanjung Malaysia. Selain itu Westlake Marketing Malaysia sedang bekerjasama dengan akademi profesional, Myskill Corridor, dengan menaja jurutekniknya menjalani latihan intensif untuk layak memperolehi SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) yang dianugerahkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

KLIK UNTUK BESARKAN

img-001 img-002 img-003 img-004

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply