Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan ke Malaysia Autoshow 2016 yang berlangung sejak semalam hingga Ahad ini, editor kami Shamsul Yunos ada membuat sedikit video rangkuman ringkas apa yang menarik pada hari pertama pameran tersebut. Kalau anda berada di sekitar Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC), masih belum terlewat lagi untuk berkunjung ke Malaysia Autoshow 2016 kerana pelbagai aktiviti, pameran model terbaharu, sesi pandu uji dan diskaun hebat menanti di sana. Booth PTPTN dan trak makanan pun ada tau!
Previu Honda BR-V crossover tujuh-tempat duduk
Pengenalan model Edisi Terhad Proton Iriz – Proton|Design Series
Previu KIA Grand Carnival (MPV)
Lawatan ke booth pameran Perodua
Myvi & Alza dah tak laku lah tu.. Buat full facelift la Alza & Myvi.. Enjin dual VVT-i.. Pasti meletop!