ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pameran kereta berteknologi hijau di IGEM 2013

Views

1388687_10151666767407478_2310860_n

Baru-baru ini berlangsungnya pameran IGEM (International GreenTech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia) 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC. Menurut rakan kita Mark Ng yang sempat mengunjungi pameran tersebut ada beberapa kenderaan mesra alam telah dipertontonkan. Antaranya ialah Proton Saga EV di booth TNB, Proton Inspira + Hybrid, Kereta Konsep Toyota Hybrid dan Toyota Camry Hybrid baharu.

Jika dilihat gambar Proton Saga EV di atas, kereta tersebut telah ditambah dengan beberapa aksesori seperti kit badan yang agak ekstreme, rim aloi, spoiler belakang dan hiasan pelekat pada badan kereta. Tiada info diberikan mengenai spesifikasi Proton Saga EV dan apakah pengubahsuaian tertama sekali dibahagian enjin yang dilakukan oleh jurutera TNB. Pameran telah berakhir semalam, terima kasih Mark Ng kerana sudi berkongsi informasi dan gambar dengan kami. 🙂

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply