Setelah tujuh selepas pengenalan pertamanya, Peugeot memperkenalkan model serba baharu 5008 yang telah dijelmakan semula dalam bentuk SUV sejati, bukan lagi kacukan pelik antara MPV dan crossover. Untuk pasaran Eropah, SUV kini berada di tempat ketiga jualan terlaris di belakang kenderaan dalam segmen B dan C.
5008 serba baharu sama seperti model 3008, dibina menggunakan platform modular EMP2, PSA. Peugeot kini telah mengubah posisi 5008 generasi kedua ini ke sub-segment “C besar” dan ia lebih panjang 16.5 cm dan 11 cm lebar dari model terdahulu selain ditawarkan dengan tujuh tempat duduk. Ruang kaki penumpang di barisan kedua lebih lega dengan pertambahan 60 mm berbanding model sebelumnya.
Tempat duduk baris kedua dan ketiga mempunyai kerusi berasingan yang boleh dilipat dan ditangggalkan. Ruang kargo pula boleh menjadi lebih besar dari 640 liter (dalam konfigurasi tujuh-tempat duduk) kepada 1,060 liter sebagai lima-tempat duduk dan apabila tempat duduk penumpang dilipat, ia boleh membawa barang yang mempunyai panjang sehingga 3.2 m.
KLIK UNTUK BESARKAN
hebat