ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton perbaharui perjanjian kolektif bersama pihak kesatuan

Views

Proton telah memperbaharui perjanjian bersama (Collective Agreement, CA) bersama ahli-ahli kesatuan di majlis menandatangani perjanjian bagi menggantikan perjanjian sedia ada yang telah tamat pada Disember 2015. Berlangsung di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya, Selangor, perjanjian itu ditandatangani dan diputuskan pada 19 Ogos 2016 antara YBhg Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan Presiden Kesatuan, En. Mohd Azmi Abu Bakar yang mewakili kakitangan kesatuan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) dan En. Ferdaus Mohni, Presiden Kesatuan yang mewakili pekerja kesatuan Proton Tanjung Malim Sdn Bhd (PTMSB).

Majlis itu telah disaksikan oleh pengerusi Proton, YBhg Dato’ Sri Syed Faisal Albar dan Mr. Fong Khei Por, Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. Perjanjian yang ditandatangani itu adalah . Penjanjian yang boleh diperbaharui sekali setiap 3 tahun itu menandakan kerjasama yang baik dan persefahaman antara kedua-dua belah pihak dengan semangat “Pemikiran Satu Syarikat” dan “Pengurusan Kesatuan yang saling bermuafakat”.

Beberapa penambahbaikan untuk pekerja telah dibuat dalam perjanjian tersebut antaranya:
1. Pelarasan perintah gaji minimum baharu
2. Insurans pekerja bagi kemalangan diri, sepanjang hayat, insurans perubatan dan faedah kematian.

Selain daripada melaksanakan segala usaha untuk pemulihan Syarikat bagi mencapai keuntungan, Dato’ Fuaad berkata “Melihat kepada kemampuan kami, Proton sentiasa mengutamakan kebajikan dan faedah-faedah kepada para pekerja. Syarikat memahami bahawa untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam sesuatu perniagaan, syarikat itu sendiri perlu mendalami pekerjanya agar pekerjanya dapat berkhidmat dengan baik kepada para pelanggan”.

“Kejayaan kebiasaannya diukur melalui kerjasama antara pasukan, memanfaatkan kelebihan dan kepakaran masing-masing untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dan lebih baik untuk Syarikat.” tambah Dato’ Fuaad. Perjanjian yang diperbaharui antara pihak pengurusan dan kesatuan ini merupakan kali ke-10 bagi PONSB dan kali ke-4 buat PTMSB.

KLIK UNTUK BESARKAN

Photo 1 Chief Executive of PROTON, YBhg Dato' Ahmad Fuaad Kenali with union president from PONSB, En. Mohd Azmi Abu Bakar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • semoga pekerja P1 lebih maju jaya dan menjadi mata n telinga kualiti barangan dr vendor2..semoga teori Kanban berjaya dilaksanakan…perlu lebih berani mengatakan tidak pada parts2 sublevel Quality dr vendor ‘kegemaran’ sesetengah management P1


  • how many bookings are placed for proton persona, there should be some statistics.
    anyway driving the persona quite overwhelming,
    few things i might to comment, generally about proton,
    1 good since saga has stopped, but dont repeat the high brake pedal on new saga
    2 exora steering ia quite heavy at parking speed, also revise its steering position.
    3 redesign the acc knob on iriz and persona feel bit loose
    4 for NA engine would it possible to go for 11: 1 compression ratio engine
    5 need a true hot hatch from proton, 6 speed manual + turbo,,,
    6
    7

Leave a Reply