ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis siasat video tular Suzuki SX4 dan treler potong ‘double line’ secara berbahaya

Tular

Views

Polis Daerah Jeli menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menyiasat satu rakaman video pemuka (dashcam) berdurasi 32 saat yang tular di laman media sosial Facebook pada 20 Oktober lalu.

Video tersebut memaparkan sebuah motokar jenis Suzuki SX4 berwarna merah dan treler berwarna kuning yang dipandu secara berbahaya di Jalan Raya Timur-Barat, Jeli.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Siasatan lanjut mendapati kejadian tular tersebut berlaku pada hari yang sama anggaran waktu sekitar tengahari.

Kedua-dua kenderaan tersebut telah dipandu secara berbahaya dengan memotong di garisan berkembar di KM120 Jalan Raya Timur-Barat, Jeli. Perbuatan ini boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Oleh yang demikian, polis IPD Jeli memohon jika ada pemandu kenderaan yang melihat kejadian untuk memberikan maklumat lanjut bagi membantu mengesan kedua-dua kenderaan tersebut.

Pemilik atau pemandu kedua-dua kenderaan terlibat diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply