ARKIB

KATEGORI

Tular

PANAS: Foto Proton S50/70 (SS11) bocor, ini varian Executive ke?

Foto Tiris

Views

Semakin hampir dengan pelancarannya bulan hadapan, semakin banyak pula foto model sedan terbaharu Proton, S50/70 (SS11) tanpa sebarang pelitup penyamaran mula berlegar di laman maya.

Terbaharu, foto S50/70 (SS11) warna Armour Silver yang mungkin varian Executive ini telah dikongsikan oleh ke laman group Malaysia S50/S70 Community (MYS50/S70COM).

Katanya ini merupakan varian Standard kerana kelihatan ia tiada sistem bantuan pemandu (ADAS). Namun menurut info dari ejen perisik Mat Bond, model S50/S70 akan ditawarkan dalam empat pilihan varian, iaitu:

  • Executive
  • Premium
  • Flagship
  • Flagship X – mungkin varian Edisi Khas (SE)

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Buat permulaan S50/S70 (SS11) akan dijana oleh enjin tiga-silinder 1.5T (Turbo Port Fuel Injection) yang menghasilkan output 150 PS dan 226 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjana model X50.

Varian dengan enjin aspirasi alami (NA) pula, hanya akan ditawarkan bermula dari tahun 2025Tujuh pilihan warna akan ditawarkan pada model S50/S70 (SS11), dua warna solid manakala selebihnya warna metalik, termasuk warna baharu.

Berikut adalah senarai pilihan warna Proton S50 (SS11):

  • Passion Red (Solid)
  • White (Solid)
  • Space Grey (Metalik)
  • Quartz Black (Metalik)
  • Armour Silver (Metalik)
  • Deep Marine Blue (Metalik)
  • Teal Bayou Green (Metalik) – warna baharu

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Dari segi keselamatan, model ini akan dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu (ADAS) yang lebih canggih, setanding dengan pesaing dalam kelasnya. Fasa pengeluaran besar-besaran S50/S70 (SS11) sudah pun bermula bulan ini.

Tambah sesi Mat Bond, pratonton tertutup model S50/S70 untuk kawasan Pantai Timur dijadualkan bakal berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuantan pada pertengahan bulan November nanti.

Pelancarannya pula dijangka pada penghujung bulan yang sama, cuma buat masa ini tarikhnya masih belum dimuktamadkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Malaysia S50/S70 Community (MYS50/S70COM)

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply