Dua lelaki yang melakukan aksi ‘stunt’ dengan memanjat bumbung kenderaan yang sedang bergerak di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), dekat sini, kelmarin sudah ditahan.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, dua individu berkenaan direman dua hari bermula semalam sehingga hari ini.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki warga asing yang melakukan aksi itu adalah penumpang, manakala pemandu tidak terbabit.
“Kedua-dua suspek adalah warga asing dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsanya Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar pemandu kenderaan pulang ke Tajikistan,” katanya katanya dalam kenyataan, hari ini.
Norhizam berkata, siasatan mendapati lelaki pertama yang melakukan aksi itu masuk semula ke dalam kenderaan melalui tingkap bahagian belakang. Katanya, individu kedua yang duduk di bahagian belakang turut melakukan aksi sama.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Norhizam berkata, tindakan ini adalah satu kesalahan serius yang boleh membahayakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.
Katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 32(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang,” katanya. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
KOMEN TERKINI