ARKIB

KATEGORI

Buletin

PRO-NET perluas akses pengecasan EV di kondominium, jalin kerjasama strategik dengan 4 CPO utama

Berita Tempatan

Views

Anak syarikat milik penuh Proton, PRO-NET secara rasminya mengumumkan kerjasama dengan empat Operator Poin Pengecasan (CPO) terkemuka, iaitu Charge+, ChargeSini, RExharge dan Charge N Go.

Melalui gabungan strategik ini, lebih 320 lokasi kondominium dan apartmen di seluruh negara kini mempunyai kemudahan pengecasan EV yang mesra pengguna dan mudah diakses.

Ini sekaligus memberi nafas baharu kepada penduduk rumah bertingkat yang sebelum ini menghadapi kekangan untuk mengecas kenderaan elektrik mereka di rumah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, kerjasama dengan CPO ini adalah untuk menyokong matlamat mereka dalam mempermudah dan meningkatkan aksesibiliti pemilikan EV.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

Termasuk kerjasama terdahulu bersama EV Connection (EVC), PRO-NET kini menyediakan akses kepada 1,053 poin pengecasan kediaman, dengan sasaran meliputi 90 peratus keperluan pengecasan awam dalam negara.

Secara keseluruhan, pengguna Proton e.MAS dan smart kini menikmati kemudahan dalam rangkaian lebih 2,500 poin pengecasan nasional.

Setiap CPO membawa kekuatan tersendiri dalam kolaborasi ini:

  • Charge+: Dari Singapura, sedang meluaskan kehadirannya di Malaysia dengan 18 lokasi kondominium.
  • Charge N Go: Pakar dalam pengecasan tempat kerja dan kediaman, kini di 93 kondominium.
  • ChargeSini: CPO tempatan paling dominan, bakal menambah 204 lokasi kondominium kepada lebih 1,010 titik pengecasan sedia ada.
  • RExharge: Menyumbang kepakaran daripada lebih 1,000 projek kediaman dan lebih 100 pengecas EV aktif, serta akan memulakan pemasangan di lima lokasi kondominium terpilih.

Sebagai insentif pelancaran, PRO-NET memperkenalkan promosi kadar pengecasan khas kepada pengguna aplikasi Proton e.MAS dan Hello smart bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2025.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Kadar eksklusif ini direka untuk mengurangkan kos pengecasan bulanan pengguna sebanyak RM150 hingga RM200.

Setiap rakan kongsi akan menawarkan kadar promosi dengan harga bermula serendah RM0.75/kWj, bergantung kepada lokasi dan penyedia:

Rakan CPOHarga Pengecasan ACHarga Pengecasan DC
Charge+dari RM0.75/kWj
ChargeSinidari RM0.84/kWjRM1.11/kWj
RExhargedari RM0.75/kWjdari RM0.99/kWj
Charge N Godari RM0.75/kWj

Semua kadar hanya sah melalui aplikasi rasmi PRO-NET, yang kini mengintegrasikan peta pengecasan langsung dan sistem bayaran merentas semua CPO terbabit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply