Proton hari ini melancarkan Program Proton Xchange, satu inisiatif strategik yang menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan keselamatan jalan raya dan mempercepatkan peralihan kepada mobiliti hijau.
Program ini memberi peluang kepada pemilik kenderaan lama, tidak kira jenama untuk menukarnya dengan model Proton baharu, termasuk model elektrik popular Proton e.MAS 7.
Majlis pelancaran ramsi berlangsung di Pusat Kecemerlangan Proton, Subang Jaya dan disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook.
Turut hadir ialah Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar, dan CEO Proton, Dr. Li Chunrong. Acara turut disertai wakil daripada Car Medic, JPJ, MIROS, MARii dan Kementerian Pengangkutan.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
Program Xchange dikendalikan oleh Car Medic Sdn Bhd, sebuah fasiliti rawatan automotif diluluskan (AATF) dan dilantik JPJ, dengan kepakaran dalam pengurusan pelupusan kenderaan secara selamat.
Proton memperuntukkan RM4.8 juta untuk menyokong program ini sehingga Disember 2025, termasuk insentif tambahan RM2,000 bagi pembelian model Proton baharu.
Kenderaan layak mestilah berusia 15 tahun ke atas dan tidak lagi selamat digunakan. Pemilik perlu menyediakan dokumen seperti Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), borang JPJK1KD, serta Sijil Pemusnahan (COD) yang dikeluarkan oleh Car Medic.
Car Medic menyediakan perkhidmatan e-Dereg yang pantas dan fleksibel, termasuk pintu ke pintu bagi memastikan pembatalan pendaftaran JPJ dan pelupusan kenderaan berjalan lancar. Mereka juga membantu kumpulan dengan lebih 5 kenderaan menyelesaikan proses dalam masa dua hari.
Proton kini satu-satunya jenama Malaysia yang menawarkan pilihan ICE, hibrid-ringan dan EV dalam barisan produknya.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Dengan model EV kedua bakal tiba tidak lama lagi, Proton menyasarkan untuk terus menjadi peneraju dalam usaha menjadikan industri automotif negara lebih lestari.
YB Anthony Loke berkata, kementerian menyokong penuh Program Xchange ini dan menggalakkan lebih banyak OEM mengambil langkah serupa demi masa depan industri.
Tambah beliau, inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan jualan, malah membantu mengeluarkan kereta lama dan kurang mesra alam di jalan raya.
Dr. Li Chunrong, pula menambah bahawa program ini adalah langkah penting ke arah Malaysia yang lebih selamat dan hijau.
Pihaknya berharap ia akan mendorong rakyat menggantikan kereta lama dengan model baharu yang lebih selamat dan mesra alam.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
KOMEN TERKINI