ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 4S terbesar Honda di Pantai Timur dibuka secara rasmi

Views

Honda nampaknya begitu serius untuk mengukuhkan cengkaman mereka sebagai jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia dengan merasmikan pembukaan Pusat 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Cat dan Badan) terbesar di negeri Kelantan dan di Pantai Timur. Dimiliki oleh Ban Chu Bee Sdn. Bhd. (Ban Chu Bee) dengan pelaburan berjumlah RM22 juta, Pusat 4S Honda terbaharu berkeluasan tapak 152,460 kaki persegi ini mempunyai 20 ruang servis termasuk lima ruang servis pantas, satu ruang untuk servis tayar, lapan ruang untuk pembaikan umum dan satu untuk servis pendingin hawa.

Bangunan yang menempatkan unit Jualan, Servis, Alat Ganti dan Cat dan Badan pula mempunyai keluasan 62,200 kaki persegi turut diengkapi dengan lounge pelanggan, lounge eksekutif , wi-fi percuma, sudut permainan kanak-kanak dan surau. Honda Malaysia berjaya menjual 91,830 unit kenderaan dan dari jumlah tersebut, wilayah Pantai Timur menyumbang lapan peratus jualan dengan lebih 7,200 unit. Negeri Kelantan sahaja menyumbang 34.6 peratus jualan dari wilayah Pantai Timur dan Joaa merupakan model terlaris. Sejak lima tahun lalu, jualan Honda Malaysia di Pantai Timur telah meningkat sebanyak 172 peratus.

Honda Malaysia memulakan tahun 2017 dengan penuh bergaya apabila model BR-V, menerima tempahan hampir 10,000 unit dan lebih 5,200 unit telah didaftarkan sejak pelancarannya pada bulan Januari. Model facelift City yang baharu diperkenalkan juga mendapat sambutan hangat dengan hampir 3,000 tempahan berjaya dikumpul dalam masa tiga minggu selepas pelancaran. Dua lagi model baharu bakal menyusul dan dengan pembukaan Pusat 4S Ban Chu Bee ini bakal memenuhi permintaan pelanggan yang kian meningkat.

Kemasukan servis pada tahun 2016 di Kelantan mencecah 22,600 dan Pusat 4S ini bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada hampir 100 unit kenderaan sehari dan lebih 22,000 kemasukan servis dalam setahun. Untuk membuat temujanji atau mengetahui lebih lanjut mengenai pusat ini, hubungi Pusat 4S Ban Chu Bee di talian 09-744 3337 / 09-744 5893  atau terus ke alamat Lot 1349, Jalan Pasir Mas-Salor 15100 Kota Bharu, Kelantan atau layari laman sesawang www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

02 The biggest Honda 4S Centre in East Coast - Ban Chu Bee Sdn Bhd in Kota Bharu 03 Spacious showroom of Ban Chu Bee Honda 4S Centre 04 Spacious showroom of Ban Chu Bee Honda 4S Centre 05 Modern-looking and comfortable executive lounge 06 Ban Chu Bee Honda 4S Centre provides a fun and spacious Kids' Corner for customers 09 Well equipped service bays at Ban Chu Bee Honda 4S Centre

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply