ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi hebat sempena Jualan Hari Krismas dan Akhir Tahun

Views

Pastinya ini berita yang paling dinantikan oleh peminat jenama Ducati dan Harley-Davidson. Sempena kedatangan Krismas dan Tahun Baharu tak lama lagi, Kumpulan Syarikat Naza World mengadakan kempen promosi yang akan berlangsung sehingga 31 Disember 2016. Next Bike Sdn Bhd, yang merupakan pengedar tunggal jenama motosikal Ducati di Malaysia, sedang mengadakan “X-Mas Run Out Campaign” untuk barangan original rasmi Ducati sehingga 70 peratus. Promosi berlangsung di bilik pameran Ducati di Naza Automall, Petaling Jaya.

Harley-Davidson juga mengadakan jualan hari perayaan untuk barangan rasminya. Kempen ‘Motorclothes Year End Sale’ bakal menyaksikan diskaun sehingga 70 peratus untuk peralatan menunggang dan barangan cenderahati. Kunjungi butik Harley-Davidson dan galeri jualan di Harley-Davidson Lifestyle Gallery Suria KLCC, Harley-Davidson Lifestyle Boutique Gurney Plaza dan bilik pameran 3S Harley-Davidson Showrooms di Naza Automall PJ, Juru Autocity Pulau Pinang dan Jalan Dato’ Abdullah Tahir, Johor Bahru sekarang. Jangan berlengah lagi tau!

KLIK UNTUK BESARKAN

Print harley-davidson-motorclothes-year-end-sale

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply