ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton eksport Prevé, Exora dan Saga ke Mesir

Views

Sebanyak 225 buah kereta Proton akan dihantar pada 22 September 2018 melalui Pelabuhan Utara, Klang dan dijangka tiba di Pelabuhan Iskandariah, Kaherah pada 6 Oktober. Setibanya di sana, ia akan dikendalikan oleh pengedar Proton di Mesir iaitu Alpha Ezz El-Arab yang akan memasarkan kereta Proton melalui tujuh cawangan dan pengedar.

Majlis yang diadakan di Tanjung Malim hari ini menandakan eksport pertama kereta-kereta Proton ke Mesir sejak hampir tiga tahun dahulu. Eksport yang terakhir merangkumi 320 unit kereta Proton Gen 2 dan Persona, yang telah dihantar pada Disember 2015 sebelum penyusutan nilai mata wang tempatan yang telah menjadi penghalang untuk meletakkan harga yang kompetitif bagi kereta-kereta tersebut.

Usaha-usaha yang dipamerkan oleh pengedar dan eksport alat-alat ganti yang berterusan telah memastikan keperluan pengguna-pengguna tempatan dapat dipenuhi sementara menunggu pemulihan ekonomi. Dengan keadaan pasaran yang bertambah baik, Proton kini berpeluang untuk melakukan semula aktiviti-aktiviti eksport dan memanfaatkan pasaran automotif yang dijangka akan mengalami pertumbuhan ketara pada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dalam masa beberapa tahun akan datang.

Tiga model Proton akan diperkenalkan di Mesir nanti adalah Prevé, Exora dan Saga pemanduan sebelah kiri dengan penambahbaikan kualiti pada produk selepas pelaksanaan proses-proses pengauditan produk yang digunapakai oleh Geely. Datuk Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, pembeli-pembeli di negara tersebut menghargai keselamatan, keutuhan dan nilai harga jualan semula yang tinggi yang ada pada kereta-kereta Proton, iaitu kualiti yang terbukti pada ketiga-tiga model yang bakal dilancarkan di Kaherah pada Oktober nanti.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz ‘facelift’ ditemui lagi, kali ini lebih jelas!

Untuk memastikan stok yang mencukupi, pengedar telah menempah 280 unit lagi yang akan dihantar bulan hadapan dengan sasaran sebanyak 1,000 buah kereta dalam tahun 2018. Selain meneruskan penjualan kereta baharu di Mesir, Alpha Ezz El-Arab juga akan memperkenalkan Identiti Korporat baharu Proton di tiga cawangannya. Ini adalah langkah penting yang diambil kerana mereka merupakan pengedar luar negara yang pertama menggunakan Identiti Korporat baharu Proton di bilik-bilik pameran mereka.

Langkah untuk menggunakan Identiti Korporat baharu menunjukkan pengedar bergerak seiring dengan matlamat Proton untuk mewujudkan pengalaman jenama dan imej yang konsisten di peringkat antarabangsa. Ia juga membantu Proton meningkatkan jualan kereta di Mesir yang telah mencapai lebih daripada 13,000 unit sejak 2004. Salah satu daripada kunci-kunci utama yang telah dikenalpasti untuk mengukuhkan perniagaan Proton adalah melalui pasaran eksport.

Oleh itu, langkah-langkah penting telah diambil kira untuk memastikan pelan untuk meningkatkan jualan eksport dapat dilaksanakan dan ini termasuklah kajian untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti CKD di negara-negara lain. Ini akan membantu di dalam pasaran di mana Proton bersaing bersama jenama-jenama yang menubuhkan operasi CKD dan membuka peluang untuk mewujudkan hab serantau.

Adalah penting untuk mewujudkan aktiviti CKD serantau bagi meningkatkan jenama dan jualan untuk pasaran eksport Proton. Ia juga akan menambahbaik penjimatan kos dan membantu mempercepatkan kemasukan ke pasaran baharu. Walau bagaimanapun buat masa ini, kilang Proton di Tanjung Malim serta kilang Perusahaan Otomobil Nasional di Shah Alam akan kekal menjadi keutamaan untuk mengeluarkan kereta-kereta bagi memenuhi pasaran eksport.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Gen 2 dengan Persona memang hit kat Mesir ni. Anak2 muda arab suka design tu. Harap boleh berjaya lagi. Tahu tak resale value Gen2 di Mesir ni tinggi! Siapa yang nak tolek Gen2 bolehla tolak kat Mesir nanti.

Leave a Reply