Belum sempat foto intipan Proton Iriz facelift berwarna merah berbumbung hitam dengan celoreng penyamaran yang panas petang tadi suam, kami mendapat satu lagi foto kereta yang sama tetapi kali ini imejnya jauh lebih jelas. Foto terbaharu ini telah dikongsikan oleh pakar manipulasi foto, Ajerul di laman Facebook peribadinya petang tadi.
Unit ujian Iriz facelift dengan nombor plet perdagangan B2646A ini telah berjaya dikesan oleh rakan Ajerul namun lokasi penemuannya tidak dinyatakan. Jika dilihat pada foto intipan tersebut, nampaknya ia sedang berlegar di sekitar Lembah Klang. Jelas kelihatan perubahan yang agak ketara pada bahagian bampar belakang, terutama sekali pemantul cahaya yang dinaikkan ke atas manakala tempat meletak nombor plet berada sedikit ke bawah.
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz Bakal ‘Berwajah Baharu’?
Kelihatan juga pada pintu but belakang, ada tampalan pelekat berwarna hitam yang bertujuan untuk menutup kemasan tambahan di bahagian tersebut (mungkin seperti Perodua Alza facelift) dan di situ mungkin akan tertera perkataan Proton sahaja seperti model SUV, X70. Bentuk antena pada unit ujian ini nampak seperti ‘sirip jerung’ tetapi ada kemungkinan juga Proton masih mengekalkan antena yang sama pada model semasa.
Bentuk lampu belakang dan lampu hadapan juga masih tidak berubah, namun ada rombakan dibuat pada bahagian bampar menurut info sebelum ini. Setakat artikel ini ditulis, kami masih belum mendapat apa-apa lagi maklumat lanjut mengenai model Iriz facelift dari perisik kami Mat Bond. Harap bersabar ye!
JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70
KLIK UNTUK BESARKAN
Enjin turbo/cfe?
Bagus proton untuk fl bgi iriz tpi kena samakan mcm myvi baru panjangkan sikit bhg blkg, baru best…
Panjangkan belakang bukan namanya facelift lagi bang. Itu rework.
Could they be adding the autonomous emergency system on the frontal bumper? I think this could be a minor upgrade to compete against new myvi before a revised model launch on 2021.
This is totally doable in view that kia picanto x-line has it
So, iriz baru ni akan berwajah persona. Lampu dpn mcm persona. Grill design mcm berbeza. Lampu drl bwh ckit drpd asal.
Enjin 1.3 cfe please!