Menggemparkan! Ini foto hangat terbaharu yang kami perolehi dari laman Facebook (PROTON) CFE & CVT technical discussion sebentar tadi. Beberapa foto Proton Ertiga sedang siap siaga untuk bertempur di pasaran automotif tempatan telah dimuatnaik oleh Lekmat Akhey. Disebabkan foto ini beresolusi agak tinggi, kita dapat melihat dengan jelas anak angkat sulung Proton bersama Suzuki.
Buat masa ini tiada perubahan kosmetik dan spesifikasi ketara dibuat, dan kami jangka model ini bakal membuat kemunculan rasmi tidak lama lagi. Ada rakan kami yang terserempak dengan treler yang mengangkut kereta berselimut hitam keluar dari Tanjung Malim tadi. Mungkinkah itu tanda tanda besar pelancaran semakin hampir? Mampukah Proton Ertiga mengganggu kedaulatan Perodua Alza? Nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
Apasal lambang proton cm cacat?
belah belakang..lawa dia dari alza..
harga kena lebih murah dari alza krn enjin lebih kecil cc dan signal depan kat body nampak tak padan
harap2 laaa ada top mount DVD player untuk anak2.
aku rasa xde dvd player tgh cm exora tu.
sebabnye ada blower.
sienta ada blower tgh, pn xble psg dvd player.
best option ialah bli dua tablet, mount kt headrests.
selain tukar logo dan pasang kat Tg. Malim, ada apa2 perubahan atau improvement yang Proton buat untuk model ni?
Mungkin ESC, TCS, hha, ebd, ba, hpf, vsc, ress, 5-bintang ncap. Untuk Varian premium
Mungkin juga tiada perubahan atau tiada eksesori, untuk mencapai sasaran harga 40k bagi Varian standard sahaja.