ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Hentikan viral perkara karut – Semua model keluaran Proton boleh dibantu mula (jump start) ketika kecemasan

Views

Disebabkan ada lagi unsur unsur kejahatan yang suka membuat cerita tahyul, kami sekali lagi mengulang siar artikel ini. Kami harap rakan rakan pembaca boleh kongsikan kepada rakan rakan yang lain supaya cerita karut seperti ini tidak diviralkan lagi. Kalau fikir logik, takkan la kereta Proton tak boleh nak buat bantu mula (jump start), koman spanar lah. Sia sia je jurutera Proton semua belajar tinggi tinggi dan berguru dengan Lotus selama ni.

Kalau nak buat bantu mula (jump start) sila ikut langkah langkah seperti di bawah:

Proton sekali lagi menegaskan bahawa semua kereta keluarannya boleh melalui tindakan bantu mula (jump start) dan ia tidak mengakibatkan sebarang kerosakan kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU) jika mengikut kaedah yang betul.

Kereta kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa. Penggunaan kabel bantu mula adalah selamat untuk menghidupkan enjin selagi berpandukan kaedah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

Prosedur yang betul untuk melakukan bantu mula kereta adalah dengan menyambungkan terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut.

Langkah-langkah yang perlu diambil apabila menggunakan kabel “jumper” yang disambungkan kepada bateri dari kenderaan lain adalah seperti berikut :

  • Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel “jumper” boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain. Sekiranya bersentuhan, ia boleh menyebabkan sambungan bumi yang tidak diingini. Kenderaan mungkin tidak akan dapat dihidupkan dan pembumian tidak diingini boleh merosakkan sistem elektrik (Unit Kawalan Transmisi, TCU).
  • Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri penggalak tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang tidak boleh digunakan, ini adalah untuk mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.
  • Gunakan hanya kabel “jumper” dengan pengapit bateri berpenebat.
  • Kenderaan mestilah berada dalam keadaan “P” (PARK) untuk transmisi automatik dan “N” (NEUTRAL) untuk transmisi manual.
  • Matikan pencucuhan pada kedua-dua kenderaan terlebih dahulu.
  • Apabila menyambungkan kabel penggalak, jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal atau ia akan menyebabkan percikan api dan bateri boleh meletup.
  • Kabel “jumper” negatif (hitam) tidak boleh dikapitkan ke saluran bahan api dengan sarung logam atau ke penapis bahan api atau garisan brek kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.
  • Hidupkan enjin kenderaan yang mempunyai bateri penggalak, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit dan kemudian hidupkan enjin kenderaan yang terjejas.

Selepas enjin dihidupkan, buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik. Untuk panduan yang lebih terperinci, pemilik kereta Proton dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan kenderaan mereka sebelum melakukan apa apa bantu mula kecemasan kepada bateri. Hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1800 888 398 atau emel kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply