ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Knight : Gambaran SUV pertama Proton?

Views

Jika sebelum ini kita dah melihat Proton Bayu hasil rekaan Saharudin Busri, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda imej 3D Proton Knight yang turut mengambil Geely Boyue sebagai asas rekaannya. Karya 3D terbaharu telah dihasilkan oleh Idiyaz Baharuddin yang merupakan Lead 3D Artist di Glue Studios Sdn. Bhd, pengeluar siri animasi Rimba Racer.

BACA >> VERTEX : Rekaan konsep SUV Proton masa hadapan!

Idiyaz masih mengekalkan DNA sayap Proton di bahagian jeriji yang kini bersambung terus ke lampu hadapan serta meletakkan lampu nyalaan siang LED (DRL) dan lampu kabus di bahgian bampar. Rekaan corong kemasukan udara di bampar juga masih mengekalkan bentuk yang sama pada model-model Proton yang sebelumnya. Walaupun kelihatan agak sarat di bahagian hadapan, namun Idiyaz berjaya menyusun atur kesemuanya dengan begitu kemas dan penelitian pada beberapa bahagian terutama lampu hadapan membuatkan kami sangat kagum.

Ke bahagian belakang, rekaan lampu nipis pada model Boyue masih lagi dikekalkan, namun susunan bentuk lampu yang kini bersambung terus dengan bar krom di belakang menampakkan rekaan ini lebih lebar dan nampak tegap. Bumpar belakang beserta diffuser dan pemantul cahaya di sisi kiri dan kanan bampar serta corong ekzos krom berkembar berbentuk heksagon menyerlahkan kemewahan pada rekaan ini.

Selain itu, bahagian bumbung diwarnakan hitam dan rekaan rim aloi dengan lima jejari berkembar dua-tona berjaya menjadikan penampilan Proton Knight lebih sporty dan bergaya. Proton dijangka memperkenalkan SUV pertamanya pada penghujung 2018 atau pada awal 2019 dan kami berharap SUV tersebut akan mempunyai rekabentuk yang berbeza dengan Geely Boyue.

Setidak-tidaknya, dua gambaran SUV Proton dari individu yang berbeza ini mungkin boleh memberi bayangan awal model tersebut nanti. Apa pendapat anda mengenai rekaan Proton Knight? Syabas kepada Idiyaz Baharuddin kerana karya 3D anda sememangnya ohsem! Terbaik!

Jom tonton ENGEAR – Edisi Khas : Art Of Speed 2017

Art Of Speed Malaysia 2017 / 10 Pilihan Kereta & Motor Custom Padu / Engear (Special Edition)

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply