Semakin banyak pula foto model terbaharu Volkswagen tertiris di internet. Jika beberapa lepas foto Virtus tersebar, kali ini mangsa terbaharu adalah foto model sedan Jetta 2018 yang telah dimuatnaik ke laman sesawang Autologia. Jetta versi Amerika Utara ini dibangunkan dari pelantar terbaharu MQB dan nampak lebih panjang dari model sebelumnya.
BACA >> Foto Volkswagen Virtus bocor!
Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi Jetta 2018 diperolehi. Pengeluaran model ini akan dibuat di kilang Volkswagen yang terletak di Puebla, Mexico bermula Disember tahun ini dan jualan bakal bermula pada awal 2018. Adakah model ini juga bakal dipasang di Pekan nanti? Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari Volkswagen Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI