Sempena Malaysia Autoshow 2016 yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa MINES (MIECC) mulai hari ini, Proton memperkenalkan edisi terhad model Iriz dari Siri PROTON|Design. Ia didatangkan dalam 2 varian, iaitu Iriz 1.3 CVT Standard, dan Iriz 1.3 CVT Executive dengan rekaan hiasan menarik bermotifkan ‘Honeycomb’ atau ‘The Stripe’.
Rekaan pelekat dengan grafik bermotif sarang lebah (Honeycomb) boleh didapati pada model berwarna Kelabu (Graphite Grey) dan Putih (Cotton White) manakala rekaan jalur (The Stripe) didatangkan untuk model berwarna Merah (Fire Red) dan Biru (Blue Atlantic). Edisi terhad sporty ini dikeluarkan untuk para pelanggan yang mahukan perbezaan, dengan citarasa eksklusif, muda dan moden.
Iriz Edisi Terhad hanya akan dikeluarkan sebanyak 2,000 unit dengan harga dari RM44,450 hingga RM49,130 di Semenanjung Malaysia. Tempahan kini dibuka di semua cawangan Proton seluruh negara. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga RM8,000 untuk model-model terpilih Proton pada bulan November.
KLIK UNTUK BESARKAN
Edisi ni Iriz 1.3 ada fog lamp? Biar betul!
Bermotifkan ‘Honeycomb’ atau ‘The Stripe’, full body kit termasuk spoiler Dan fog lamp. Harganya kekal sama 1.3L standard Dan 1.3L executive, tiada penambahan. Terhad 2k unit saja
What is the refinement available? NVH, engine mounting, CVT and exhaust?
Mmm… huhu… setakat nie edisi terhad yg paling cantik kat iriz yg direka adlah yg kat edisi petronas tu.
Cheers!
Ya.. Warna Silver dengan garisan warna Petronas lagi cantik dari ni..
aku cuma nak komen ni,
?????
Come on lah Proton…tak kan lah model Limited Edition ni setakat main tampal-tampal sticker/decal je…management Proton dah tak ada idea yang bernas dah ke? Kalau nak buat model Limited Edition pun, keluarkan lah model Iriz Active tu…rasanya sambutan lagi meriah..boleh lah jugak sampai target 2000 unit tu.
Tak pun, paling kurang, keluarkan Iriz versi facelift design bagi fresh sikit…mungkin design bumper yand ada ciri ciri ‘honeycomb’, ataupun design lampu LED yang diinspirasikan dari motif ‘stripes’…contoh je lah. Bukan nya design decal/corak pastu tampal kat body.
Sampai bila nak simpan Iriz Active tu? Sampai bila Proton nak jadi pengeluar, pembuat kereta nasional yang hanya memikirkan mentaliti jaguh kampung? Bila Proton nak jadi pengeluar dan pembuat kereta yang betul-betul bertaraf global?
Banyak je manufacturer lain yang buat Special Edition stail tampal-tampal ni. dah lama dah kat Malaya ni. Perodua pun dah start lama dah…. apa nak heran. Bukannya Proton je yang buat. Myvi latest pun agak tak senonoh gak bila dia cat separuh hitam separuh warna lain. Ramai je yang beli.,
Toyota, Honda… even Hyundai pun buat. So tak peliklah.
Xde y menarik nya dgn iriz SE ni.
Masuk auto show cuma nk tunjuk ni..
Came on lh proton. xkn setakat ini kemampuan ko.
Paling kurang pn buat lah facelift.
Memang proton masih lagi dlm tempurung!!!!
Ade orang suke design striker, ada orang suke bodykit, ade orang suke kawalan macam dalam trak, Ade orang suke prestasi. Itu sebabnya edisi ni dipanggil edisi terhad atau LE. Terhad kepada yang suke saja. Ade yang suke semua di atas pada sebuah kereta dan sanggup bayar lebih.
Edisi terhad LE terhad hanya kepada mereka yang suke saje.
Edisi Nissan almera nismo tak semua suke tetapi ramai juge yang suke
Aku tak kisah sticker design.
Perodua, Hyundai,Peugeot,Renault, Mitsubishi ect pun ade buat.
Cuma, design la sticker tu cantik sikit!!!
Siapa gi approve design sports red lining tu!!
red on red, red on blue dedua pon hodoh!
adoiyai…lemah!
Pada pandangan mata kite ni design sticker iriz memang huduh. Tapi tak tau la pandangan orang lain. Jika Iris LE ni abis terjual maka pandangan mate kite ni ada masalah. Ia cantik pada pandangan mate orang lain. Yay…!