ARKIB

KATEGORI

Buletin

Prototaip Honda BR-V buat kejutan di Malaysia Autoshow 2016

Views

Honda Malaysia membuat kejutan dengan mempertontonkan sebuah prototaip crossover tujuh tempat duduk BR-V di Malaysia Autoshow 2016 bertempat di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC) semalam. BR-V dijana oleh enjin 1.5L i-VTEC yang mampu menghasilkan 120PS, iaitu output paling tinggi dalam segmennya. Rekabentuk hadapan BR-V nampak lebih menyerlah dengan penampilan wajah ‘Sayap Honda’ dan rel bumbung.

Lampu Nyalaan Siang LED (DRL) dan rim aloi dua-tona bersaiz 16 inci menyerlahkan lagi gaya crossover ini. Ciri ciri praktikal seperti kamera undur dan sensor turut dipasang pada BR-V. Tempat duduknya direka untuk pelbagai konfigurasi, membolehkan ruang lebih mudah dimanipulasi untuk kemudahan pengguna. Ruang but BR-V lebih besar dari pesaingnya dengan kapasiti 223 liter apabila semua tempat duduk dinaikkan. Ruang tersebut bertambah kepada 539 liter apabila tempat duduk barisan ketiga dilipat sepenuhnya.

the-all-new-br-v-honda-malaysias-brand-new-full-7-seater-crossover-prototype-made-a-surprise-preview-today-at-the-malaysia-autoshow-2016

Tempat duduk barisan kedua boleh dilaraskan dengan satu sentuhan dan akan direbahkan secara konfigurasi 60:40 manakala tempat duduk barisan ketiga boleh direbah sepenuhnya dan dipisahkan dengan konfigurasi 50:50. Untuk menambahkan lagi keselesaannya, BR-V didatangkan dengan kemasan tempat duduk kulit dan corong penyaman udara di belakang.

Selain itu di booth Honda turut menampilkan Sudut Teknologi Termaju yang mempamerkan teknologi hibrid i-DCD Sport Hybrid, teknologi keselamatan dan enjin Turbo. Pengunjung boleh mencuba menunggang UNI-CUB β dan melihat model model Honda yang lain seperti Accord, Civic dan City serta mendapat bonus akhir tahun sehingga RM8,000 dengan membuat tempahan. Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah yang menarik dan jualan barangan cenderahati turut disediakan.

Warga Malaysia turut berpeluang untuk melihat prototaip BR-V semasa siri jelajah ke seluruh negara yang akan berlangsung sehingga 24 Disember nanti dibeberapa lokasi berikut:

jadual-roadshow-br-v

KLIK UNTUK BESARKAN

the-all-new-br-v-is-powered-by-a-1-5l-i-vtec-engine-which-provides-120ps-making-it-the-highest-engine-output-in-its-segment the-all-new-br-v-honda-malaysias-brand-new-full-7-seater-crossover-prototype-made-a-surprise-preview-today-at-the-malaysia-autoshow-2016 the-all-new-civic-offering-d-segment-value-at-c-segment-pricing the-redesigned-9th-generation-accord-offers-a-great-package-of-value-for-money-while-maintaining-premium-features-in-all-variants honda-city pelancaran-br-v

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply