Walaupun penggambaran iklan Persona 2016 telah pun dibuat, namun Proton masih giat mengujinya sehingga ke hari ini. Terbaharu, dua keping foto unit ujian Persona telah sempat dirakam oleh Hazizy Shahar di sekitar Behrang 2020 dan ia masih lagi sarat dengan pelekat penyamaran.
Setakat ini belum ada perkhabaran mengenai tarikh pelancaran model sedan segmen B ini kerana Proton sedang memastikan tiada isu kualiti ditimbulkan sebelum ia dilancarkan. Ada kemungkinan model ini diperkenalkan secara rasmi selepas Hari Raya Aidilfitri.
Mengenai Perdana 2016 pula, masih belum ada tanda tanda pelancaran dalam masa terdekat, namun ada yang mengatakan Proton bakal melancarkannya pada bulan Ramadan nanti. Kami pun tak berani nak sahkan sebab dah banyak kali tertangguh, tunggu je lah ye!
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
ikut suka kau lah labu.. jgn bila dah tungguh lama, bila keluar nanti still problem (rattle) gak, aku tak tahu nak kata apa dah..
baru terdetik, apakah jenis transmission yg dipadankan dekat Persona 2016, Punch atau Jatco?
No problem. Proton nak lancar hujung tahun pun ok. Yang penting, kualiti mesti jauh baik dan setanding lain. Iriz first batch pun macam-macam masalah… tapi tidak seteruk Prevé. Proton tak perlu peduli sangat komen orang yang complain pasal kenapa lambat sangat nak launch… 90% yang komen takkan beli pun, tahu cakap besar saja, masa launch nanti macam-macam alasan akan bagi, akhirnya beli kereta lain jugak… Lebih baik Proton ambik masa untuk pastikan first batch BH Persona, Saga dan Perdana tidak bermasalah macam Iriz dan Prevé dulu. Makin lama, makin lebih orang akan percaya kepada kualiti model Proton baru.
Setuju