ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Prevé 2018 akan mula dijual – Apa yang telah dipertingkatkan dari model sebelumnya?

Views

Kami mendapat perkhabaran terbaharu mengenai model Proton Prevé 2018 atau Prevé Refinement. Menurut maklumat risikan terbaharu kami dari agen perisikan Mat Bond, pihak Proton telah mula mengeluarkan memo untuk memulakan jualan model tersebut kepada para pengedar. Walau bagaimanapun, kami belum mendapatkan maklumat mengenai tarikh sebenar model ini mula dijual secara rasmi. Kami jangka ia akan mula dijual dalam masa terdekat.

Apa yang kami tahu mengenai Prevé 2018?

Info menarik Prevé 2018:

  • Hanya dua varian ditawarkan – Executive CVT dan Premium CVT.
  • Prevé 2018 hanya ditawarkan dengan enjin 1.6 Turbo, tiada lagi enjin 1.6 IAFM+ dan varian transmisi manual untuk varian Executive CVT.
  • Kemasan kulit untuk varian Premium CVT, fabrik untuk Executive CVT.
  • Rim aloi bersaiz 16 inci untuk varian Executive CVT, manakala rim aloi bersaiz 17 inci untuk varian Premium CVT.
  • Rekabentuk papan pemuka masih sama namun dengan kemasan yang berbeza.
  • Kedua-dua varian akan ditawarkan dengan warna baharu – Graphite Grey dan Carnelian Brown, manakala Ruby Red akan menggantikan dengan Fire Red. Warna Elegant Brown dan Quartz Black telah dikeluarkan daripada senarai.
  • Secara keseluruhan Prevé 2018 akan mempunyai lima pilihan warna – Cotton White, Ruby Red, Sterling Silver, Graphite Grey dan Carnelian Brown.
  • Varian Premium CVT akan dicat dengan dua tona-warna pada beberapa bahagian tertentu seperti bumbung dan cermin sisi dengan warna Midnight Black.
  • Kemasan panel instrumen dan pemegang pintu di bahagian dalam untuk varian Executive CVT berwarna Kelabu, manakala untuk varian Premium CVT berwarna Hitam.
  • Lampu hadapan varian Executive CVT dilengkapi dengan lampu posisi LED manakala untuk varian Premium CVT dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED (DRL).
  • Prevé 2018 lebih menumpukan pada penghalusan NVH terutama di bahagian cagak enjin dan transmisi, mengurangkan bunyi mendesis HVAC, alas kaki baharu, penambahbaikan pada pintu but belakang, penerimaan siaran unit audio dan kemasan serta kemasan baharu pada tombol gear.

Kami akan cuba mendapatkan pengesahan dari Proton berkenaan dengan tarikh pelancaran rasmi Prevé 2018. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

18 Comments


  • Proton Preve design luaran yang mengecewakan, sakit mata memandang dan kesimpulannya tidak cantik.
    Jila dilihat pula reka bentu dalaman, teramatlah buruk juka nak dibandingkan segmen C yang lain. Tak perlu bandingkan dengan segmen C yang terkini, cukup sekadar model2 yang terdahulu seperti Honda Civic (model sebelumnya), Hyundai Elantra (model sebelumnya), dan Mazda 3 (model sebelumnya). Saya sayangkan jenama Proton, tapi bagi pengamatan saya model ini perlu diberhentikan 100% kerana mencacatkan imej proton yang tersedia tercalar.
    Ambil contoh Perodua Myvi yang baru, bagaimana rekaan dalamannya yang setanding dengan kenderaan jenama luar, rekabentuk minima yg tampak mewah.

    Untuk pengetahuan kereta pertama saya adalah Proton Saga BLM (thn 2008, dah saya berpuas hati utk kereta budget yg rendah walaupun fuel consumption agak tinggi). Untuk beralih pada C segment, saya tiada pilihkan utk masih memilih proton kerana tidak memenuhi kehendak saya, dah akhirnya memilik kereta berjenama Jepun. (Mazda 3) Saya khuatir, pegangan pasaran (market share) Proton akan sentiasa menurun disebabkan penghasilan kereta yang syok sendiri.

    Saya mendoakan Proton akan berjaya di masa hadapan, dan berharap tidak senasib dgn Holden (Australia), kerana sentiasa menghasilkan kereta rebadge di mana akhirnya syarikat tersebut terkubur. Kerjasama dgn Geely mungkin bagus, tetapi jika kebergantungan R&D 100% dari syarikat tanah besar China tersebut saya khuatir 10 tahun akan datang Proton cuma akan menghasilkan rebadge kereta keluaran Geely. Saya berharap ramalan saya ini salah.. Semoga Proton terus maju!


    • Biasa pemilik proton akan upgrade kereta ke jenama H,T, N & M. Malah ramai yang bertukar dari proton ke perodua. Cthnya bertukar saga ke Myvi. Pembeli malaysia suka tgk design proton, tetapi akhirnya membeli perodua walaupun design x lah nampak cantik. Ini sebab enjin EEV perodua dual vvti, transmisi auto 4 speed, kualiti pemasangan, RV yang baik, ruang dalaman yang lapang.. proton masih dgn enjin campro & gearbox cvt punch


  • RM72K untuk premium CVT dan model keluaran 2012 tanpa facelift? Tak berbaloilah. Tambahan lagi, proton masih menggunakan enjin dan gearbox yg sama. Walaupun dah ditune bagai, hasilnya taklah seperti yang diharapkan. Contohnya Iriz refinement 1.6l. Taklah jauh beza pun. Tapi yg bagusnya Iriz, ia tidak mempunyai masalah yang besar seperti preve turbo.

    Adakah proton dah berjaya selesaikan kualiti part seperti fius, turbo part atau part2 kritikal yg lain? Saya masih skeptikal kerana sebagai pemilik preve, rasa sakit poket nak hadapi kerosakan2 tersebut.


  • Kereta proton sekarang dari segi pemanduan, senyapan kabin, safety mmg terbaik.

    Saya cuma kecewa sangat sangat bahagian interior kereta. Saya x paham kenapa proton x mau mengikuti kehendak pelanggan.

    Ibarat macam company NOKIA yang seboleh boleh x mau ikut permintaan pelenggan dan mengekalkan cara mereka.Akhirnya terpaksa akur kehendak pelanggan dengan membuat android phone.

    Diharap proton dapat buat perubahan. Kalau boleh suv bayou nnt jgn lah interior mcm tu.. kami sayang proton.


  • Haha.. masih pakai enjin campro cfe ya? Dah tau enjin campro menjadi faktor penolakan terhadap jenama proton, buat apa nak keluarkan lg. Bukan main beberapa thn lepas nak pakai enjin gdi tgdi.. peminat proton tertunggu2.. ni dah thn 2018, mana dia enjin tu? Haha.. keciwa yg amat sgt lah peminat proton.. ramai tertunggu enjin turbo 1.3 campro utk diletak dlm iriz.. x jugak muncul2.. last2 org beli myvi jugak.. hahahaha…


  • Jika diteliti range kereta Geely semasa, rata2nya adalah dari segmen C & D. ini mungkin disebabkan pengaruh tech transfer dari Volvo. Emgrand dan Boyoue antaranya. Saya masih tak nampak sinergi produk2 sedia ada Geely yang boleh dimanfaatkan ‘sepenuhnya’ oleh Proton bagi pasaran Malaysia mahupun RHD.
    Sebagaimana result penjualan terkini Proton, best seller mereka adalah dari segmen A dan B iaitu Saga dan Persona. Saya rasa bagi jamin kejayaan Proton yang tinggi Geely perlu mempergunakan Proton bagi segemen A & B manakala segmen C & D serah sahaja kepada Geely. Dengan cara ini ialanya lebih efisien dan fokus kepada pasaran.
    Bagi demografik orang Malaysia pula, mereka tidak sesekali akan keluarkan lebih daripada RM70k untuk kereta tempatan, kerana bagi mereka dengan julat harga begitu mereka boleh dapatkan kereta badge T & H walaupun spek lebih rendah. Satu perkara yang perlu diambilkira oleh pengurusan baru Proton & Geely.


    • Saya setuju dengan kenyataan bro. Saya rasa, rakyat Malaysia sendiri masih skeptikal dengan Geely itu sendiri sebab mereka tiada ‘track record’ di Malaysia. Mungkin kena tunggu respon orang ramai terhadap model SUV boyue, namun penerimaan terhadap model tersebut turut dipengaruhi oleh faktor lain seperti harga, spesifikasi, dan perasaan keterujaan ia sebagai SUV pertama proton.

      Selepas itu, geely dan proton kena fikirkan “model matching” untuk pasaran Malaysia dan kalau lebih jauh, peringkat global. Ini juga adalah langkah yang mencabar juga untuk gabungan proton-geely. Silap langkah, barisan kereta yang dibuat kemungkinan tidak mencapai sasaran jualan.


  • Proton ni bodoh dan ego sombong.. Dilahirkan oleh pemimpin sombong dan kaki songlap (Atok Madey), perangai syok sendiri dan menyalahkan oranglain itu tak pernah hilang.

    Citarasa pembeli mahukan kesegaran rekabentuk, kualiti komponen, dan reliability, tapi Proton terus tunjuk lagak bodoh sombong. Baca lah dalm blog2 mcm mna bermalasahnya kereta2 Proton yang diluahkan pembeli baru, bukan masalah remeh tp masalah rekabentuk..

    Geelypun mungkin gagal dalam memulihkan Proton krn dlm Proton terdapat manusia hantu raya yang mengawal dari dalam, dengan cra fikir dan attitude yang pelik.. Akhirnya Proton terus lemah, share market di Malaysia pun gagal, jgn haraplah nk hebat di tempat lain. Pembeli luar negara wpun Indonesia tak sebodoh yang dijangkakan puak2 parasit dalam Proton ini.. Jual brg mahal kualiti rendah.. China pun dh tahu berubah, Proton masih tkberunbah. Tunggu masa untuk dikambus.

    Kiranya Dato Najib ni baik hati jgk mahu lagi pikir nak selamatkan Proton wpun 80% dlm Proton tu anti Najib. Kasi jual 100% pd company asing atau tutup je proton biar padan muka.. !!


  • Proton ni bodoh dan ego sombong.. dari mula tubuh sampai skrg! Dilahirkan oleh pemimpin sombong dan kaki songlap (Atok Madey), perangai syok sendiri dan menyalahkan oranglain itu tak pernah hilang.

    Citarasa pembeli mahukan kesegaran rekabentuk, kualiti komponen, dan reliability, tapi Proton terus tunjuk lagak bodoh sombong. Baca lah dalm blog2 mcm mna bermalasahnya kereta2 Proton yang diluahkan pembeli baru, bukan masalah remeh tp masalah rekabentuk..

    Geelypun mungkin gagal dalam memulihkan Proton krn dlm Proton terdapat manusia hantu raya yang mengawal dari dalam, dengan cra fikir dan attitude yang pelik.. Akhirnya Proton terus lemah, share market di Malaysia pun gagal, jgn haraplah nk hebat di tempat lain. Pembeli luar negara wpun Indonesia tak sebodoh yang dijangkakan puak2 parasit dalam Proton ini.. Jual brg mahal kualiti rendah.. China pun dh tahu berubah, Proton masih tkberunbah. Tunggu masa untuk dikambus.

    Kiranya Dato Najib ni baik hati jgk mahu lagi pikir nak selamatkan Proton wpun 80% dlm Proton tu anti Najib. Kasi jual 100% pd company asing atau tutup je proton biar padan muka.. !!


  • Proton ni bodoh dan ego sombong.. dari.mula tubuh sanpi skrg…Dilahirkan oleh pemimpin sombong dan kaki songlap (Atok Madey), perangai syok sendiri dan menyalahkan orang lain itu tak pernah hilang. Proton sentiasa ‘diselamatkan..’. Jadi ia terus bongkak dengan tak pedulikan kehendak pasaran atau mengainaya pembeli.

    Citarasa pembeli mahukan kesegaran rekabentuk, kualiti komponen, dan reliability, tapi Proton terus tunjuk lagak bodoh sombong. Baca lah dalm blog2 mcm mna bermalasahnya kereta2 Proton yang diluahkan pembeli baru, bukan masalah remeh tp masalah rekabentuk..

    Geelypun mungkin gagal dalam memulihkan Proton krn dlm Proton terdapat manusia hantu raya yang mengawal dari dalam, dengan cra fikir dan attitude yang pelik.. Akhirnya Proton terus lemah, share market di Malaysia pun gagal, jgn haraplah nk hebat di tempat lain. Pembeli luar negara wpun Indonesia tak sebodoh yang dijangkakan puak2 parasit dalam Proton ini.. Jual brg mahal kualiti rendah.. China pun dh tahu berubah, Proton masih tkberunbah. Tunggu masa untuk dikambus.

    Kiranya Dato Najib ni baik hati jgk mahu lagi pikir nak selamatkan Proton wpun 80% dlm Proton tu anti Najib. Kasi jual 100% pd company asing atau tutup je proton biar padan muka.. !!


  • Gabungan jualan persona & saga pun xdpt lawan perodua bezza.. Nampak dah di situ enjin campro vvt proton dah x relevan.. bukak mata lah wei.. terima lah hakikat wei.. beli enjin dual vvti perodua, pasang kat saga & persona.. enjin eev, handling sedap org beli produk proton punya..
    Opss! Proton kan ego.. xde diorg nak ambil kisah.. haha..


  • mana enjin GDI/TGDI PROTON? bukak youtube mula developed tahun 2014. tahun 2015 ada prototype, tahun 2016 canang satu malaysia dengan mengatakan hujung tahun 2017 siap dan 2018 mass production.

    sekarang sudah 2018 dan enjin masih sama??? iriz refinement tapi belakang tak facelift. orang malaysia tak suka design bontot iriz. preve design macam 2009,2010 sedangkan persona lagi cantik. proton tidak faham citarasa rakyat malaysia. headchief team developer pun memanjang cakap inggeris sedangkan soalan dalam melayu, adakah kerana anda rasa anda orang eropah?

    saya sokong proton sebab satu2nya syarikat 100% islam tapi bila dah jual 49.9%, perasaan pun 49.9%


    • Usia campro dah berapa belas tahun.. negara nak ke arah kenderaan eev..campro tu enjin eev ke? Campro tu menjadi badi yg teruk. Sbb perodua, toyota & honda ada enjin eev. Tak guna handling sedap, tp enjin masih belum eev, gearbox cvt clucth punch..

Leave a Reply