ARKIB

KATEGORI

Buletin

VW Club Malaysia muncul juara keseluruhan Goodyear Malaysia Battle of The Clubs (BOTC)

Views

Baru-baru ini berlangsungnya pusingan akhir kempen Goodyear Malaysia Battle of The Clubs (BOTC) yang telah diadakan di Putrajaya Recreational Airport untuk menutup program eksklusif enam-bulan tersebut, di mana VW Club Malaysia dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Setelah berjaya mengatasi saingan daripada tujuh lagi kelab kereta sejak Jun 2017, usaha tersebut membuahkan hasil setelah VW Club Malaysia berjaya membawa pulang dana aktiviti kelab bernilai RM5,000, trofi utama dan cenderahati eksklusif Goodyear sebagai pemenang tempat pertama.

Naib Juara jatuh kepada MyVi Movement dengan hanya lima mata di belakang dan mereka berjaya membawa pulang RM3,000, sebuah trofi dan cenderahati eksklusif Goodyear manakala Peugeot Club Malaysia muncul sebagai pemenang tempat ketiga yang berjaya membawa pulang RM2,000 sebuah trofi serta cenderahati eksklusif Goodyear. Peugeot Club Malaysia turut diumumkan sebagai pemenang  pertandingan Car Clubs Show Down Display dengan mengumpul markah tertinggi dalam persembahan auto dan penyertaan aktif semasa pusingan akhir.

Civic X Community pula berada di tempat keempat diikuti seterusnya oleh Club Audi Malaysia, Benzer Motorsports Malaysia, The Rusted Jackets dan Satria Society. Acara tersebut dibuka kepada umum buat pertama kali bermula dari jam 8.30 hingga 5.30, dan acara sehari tersebut menyaksikan lebih 1,200 pengunjung dengan lebih dari 600 kereta datang untuk menyokong kelab kereta pilihan mereka. Car Clubs Show Down Display menjadi tumpuan pada acara tersebut dan ia turut dimeriahkan lagi dengan Speed Junkies Car & Drag Show dari McClubz.

Kesemua lapan kelab kereta yang mengambil bahagian telah melalui enam cabaran berpasukan berlainan secara keseluruhan sepanjang enam bulan sejak pertengahan tahun lalu. Pertandingan tersebut menyaksikan peserta untuk mempamerkan pengetahuan, kemahiran, kreativiti, semangat berpasukan dan keghairahan terhadap kereta mereka. Antara acara yang dilangsungkan termasuklah Time Attack Challenge, On The Road Treasure Hunt Challenge dan Speed Junkies Best Car Club Display.

Acara Time Attack Challenge yang diadakan tidak lama dahulu merupakan episod yang paling diingati oleh para peserta kerana mereka perlu memandu jentera Lotus Evora 400S yang dilengkapi dengan tayar mewah berprestasi Eagle F1 Asymmetric 3, yang turut menjadi satu kejutan buat peserta. Mereka perlu mengharungi pelbagai cabaran seperti ujian slalom, pusingan 360º, memecut kembali ke garisan penamat dan kemudiannya diakhiri dengan ujian brek dalam keadaan basah. Tayar Eagle F1 Asymmetric 3 telah berjaya mengujakan para peserta serta mendapat pelbagai maklum balas positif terutama sekali cengkaman yang unggul ketika kering dan basah serta prestasi membrek dan pengendalian.

Projek yang dianjurkan buat pertama kalinya ini mensasarkan untu mempromosikan aktiviti menarik dan peluang rangkaian perhubungan untuk kelab kereta tempatan di Malaysia.  Sebagai sebahagian daripada Perkongsian Nilai Goodyear dalam menjaga komuniti, inisiatif ini mewakili usaha berterusan syarikat untuk memperbaiki kesejahteraan masyarakat tempatan yang menjadi tuan rumah operasi syarikat.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply