ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sedan Perodua bakal dilancar 21 Julai?

Views

Nampaknya Perodua tidak menunggu lama untuk melancarkan sedan pertama keluarannya. Kami difahamkan pelancaran model yang dinanti-nantikan itu akan berlangsung pada 21hb Julai ini. Pastinya dengan kehadiran sedan Perodua ini bakal merancakkan lagi persaingannya dengan Proton yang juga bakal memperkenalkan dua lagi model sedan, Persona dan Saga generasi baharu.

Model sedan pertama keluarkan Perodua bakal menggunakan enjin terbaharu 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE) yang kini digunakan oleh model Xenia dan Avanza di Indonesia. Enjin tersebut dikeluarkan oleh kilang enjin Toyota di Karawang, Jawa Barat. Enjin tersebut mampu menjana 97 hp pada 6,000 rpm dan 121 Nm tork pada 4,100 rpm.

Selain itu model tersebut bakal dilengkapi dengan ciri ciri terkini seperti butang penghidup enjin, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman dan disasarkan untuk mendapat pengiktirafan lima-bintang dari ASEAN NCAP. Nantikan kemunculannya!

perodua sedan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Perodua sedan pasti akan mendapat sambutan hangat sehangat Pisang goreng panas… Panas..

    Walaupun ianya tidak diuji dengan teliti dan menyeluruh di jalanraya, ia tetap akan mendapat sambutan..

    Perodua sedan adalah pesaing utama kepada Toyota vios, Honda city, Nissan almera, Kia cerato…

    Manakala Saga 2016 LHD telah dibina hampir 1000 unit untuk dieksport ke Chile selepas pelancarannya nanti..

Leave a Reply