ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Suprima facelift – Cetusan idea bekas pereka Proton

Views

Seperti yang dijanjikan, inilah dia versi penuh imej janaan 3D Proton Suprima facelift yang dihasilkan oleh bekas pereka Proton, Saharudin Busri atau lebih dikenali dengan panggilan Wak. Beliau telah berkhidmat selama 13 tahun bersama Proton dan juga merupakan pemilik Suprima yang pertama. Beliau kini mengetuai unit Rekabentuk Industri Design di Pusat Rekabentuk MIMOS.

Tujuan beliau menghasilkan rekaan ini adalah untuk membantu mengubah imej rekabentuk Proton supaya dapat menarik minat orang ramai terhadap jenama tersebut. Projek ini juga hanyalah pendapat peribadi beliau dan ia tiada kaitan dengan secara langsung dengan PROTON|Design.

Suprima_R_Blac2k_Front1

Rekabentuk Suprima facelift ini masih mengekalkan identiti DNA Proton semasa, dengan garisan sayap krom pada jeriji hadapan rekaan serba baharu dan juga garisan krom yang bersambung dengan lampu belakang. Corong kemasukan udara di bahagian jeriji hadapan telah diolah semula supaya lebih besar untuk memperlihatkan rekabentuk ini lebih sporty dan mengikut trend rekaan terkini.

Buat masa ini, rekabentuk Suprima facelift ini masih dalam bentuk 3D sahaja, tiada model atau prototaip dihasilkan. Beliau juga sedang sedang menyiapkan isi kandungan dan bahan selain memperkasakan kemahiran pembangunan model 3D dan rekaan 3D untuk diajar kepada pelajarnya di universiti supaya mereka dapat mendalami teknik dan kemahiran yang betul menepati standard industri.

Suprima_R_Black_Rear21

Jika ada pereka yang berminat Suprima facelift ini anda boleh mengunjungi Pusat Rekabentuk MIMOS dengan kepada perekabentuk yang ingin mendalami lagi bidang rekabentuk automotif, anda boleh melayari laman sesawang http://mi-designcenter.com dan mendapatkan latihan di sana.

KLIK UNTUK BESARKAN

Suprima_R_3D_Shading1 Suprima_R_Blac2k_Front1 Suprima_R_Black_Rear21 Suprima_R_Clay1 Suprima_R_Red_Front21 Suprima_R_White_Rear1c1 Suprima_R_White_Side1b1 Suprima_R_Wireframe1 Suprima_R_Zebra Checking1 Suprima_S1_Black Corner_WakS21 SuprimaR_Rear_Sketches_Red11 Wire_Frame_Development1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

27 Comments

Leave a Reply