ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skoda Vision E Concept buat kemunculan di Shanghai Auto Show

Views

Shanghai Auto Show 2017 yang bakal berlangsung bulan hadapan bakal menyaksikan kemunculan pertama Skoda Vision E Concept. Model yang merupakan adik-beradik kepada Kodiaq Coupe versi elektrik ini dikuasakan oleh penjana kuasa menggunakan bateri lithium-ion dengan dua motor elektrik yang mampu menghasilkan 302 HP dan mampu bergerak sejauh 500 km.

Skoda Vision E Concept merupakan sebahagian daripada perancangan syarikat tersebut yang bakal menghasilkan lima kenderaan emisi-sifar dalam segmen berbeza menjelang tahun 2025. Model konsep ini juga akan dilengkapi dengan sistem pemanduan berautonomi (tanpa pemandu) yang membolehkannya beroperasi secara bebas dalam kesesakan lalu lintas, memotong, kekal di lorong yang betul dan mencari tempat letak kereta dengan sendiri.

Lakaran rasmi terbaharunya menampilkan rekabentuk ala coupe dengan pemegang pintu yang tersorok, lampu hadapan dan belakang yang nipis serta rim bersaiz besar yang menyerlahkan gaya sportynya. Buat masa ini tiada foto rekaan kabin, namun dikatakan ruang dalamannya lebih luas. Skoda dijangka mendedahkan informasi lebih lanjut mengenai model Vision E Concept pada 19 April nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

skoda-vision-e-concept-1 skoda-vision-e-concept-2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Mmm… kalau proton ada model futuris Gen2, rekaan beginilah bayangannya. Ahaks!
    Sayang masa Gen2 dulu, rekaan mendahului masa tapi teknologi n kualiti tidak seiring.

    Cheers!

Leave a Reply