ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Proton tetap Proton, hanya terjemahan nama syarikat yang berubah

Views

Kami yakin ramai yang masih celaru dan keliru dengan pertukaran terjemahan nama syarikat Proton di China yang di cadangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong dalam ucapan beliau pada Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-7. Ini kami nak kongsikan pencerahan dari salah seorang ahli group (PROTON) CFE & CVT technical discussion, saudara Dréx Chan.

Berikut adalah coretan dari beliau:

Cadangan penukaran hanya untuk nama terjemahan Mandarin sahaja. Sejak 1985, Proton telah mempunyai nama Mandarin iaitu 普腾 (pu teng), yang digunapakai oleh media berbahasa Cina dan dalam iklan bertulisan Cina. Apabila Proton berdaftar di China dulu, ia pula menggunakan nama 宝腾 (bao teng). CEO baru hanya bercadang menyeragamkan terjemahan mengikut nama pendaftaran di China yang membawa maksud yang lebih bertuah. Bukan nak tukar jenama asal Bahasa/Inggeris mengikut sebutan Mandarin.

PROTON tetap PROTON.

普 (pu) = ordinary = biasa-biasa
宝 (bao) = precious = berharga, bernilai,
腾 (teng) = soar, rise, gallop = melambung, naik, melompat
普腾 (pu teng) = lompatan biasa-biasa
宝腾 (bao teng) = lompatan berharga, a Precious Leap!

Orang kerja CEO makan gaji, betul-betul nak selamatkan Proton, nak mengilap nama Proton bagi lebih ‘ong’, nak naikkan nama Malaysia. CEO ada kisah dia bekerja untuk syarikat mana, di negara mana? Orang bukan datang sini nak menawan negara kita. Jenama Proton belum ‘melompat’, ada je orang yang sudah melompat-lompat.

Kami harap dengan penjelasan ini dapat merungkai segala kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kongsikan dengan yang lain agar mereka lebih memahami situasi yang sebenar. Terima kasih Dréx Chan atas pencerahan ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • “pu teng” name trade mark sudah lama register under Proton electronic Taiwan, jadi tak boleh paikai laigi,
    (semua tahu Proton Amplifier kan), jadi masa Masuk Taiwan/China market, terpaksa register trade baru (bao teng), taiwan english name register under ProtonLotus mandarin name juga call (bao teng)


  • “pu teng” name trade mark sudah lama register under Proton electronic Taiwan, jadi tak boleh paikai laigi,
    (semua tahu Proton Amplifier kan), jadi masa Masuk Taiwan/China market, terpaksa register trade baru (bao teng), taiwan english name register under ProtonLotus mandarin name juga call (bao teng)


  • PROTON itu apa pula maksudnya?
    Adakah kereta lain yang masuk ke China/ Taiwan memiliki nama China masing2…menarik juga untuk diketahui…Apa pun saya doakan moga PROTON terus sukses…kepada yg masih belum biasa sebut PROTON dengan betul belajarlah sebut BEGINING dulu…:)

Leave a Reply