ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton uji Prevé dan Exora pemanduan sebelah kiri di Mesir

Views

Proton kini semakin giat untuk meluaskan pasaran eksportnya dan bakal memperkenalkan Prevé dan Exora pemanduan sebelah kiri ke pasaran Mesir pada masa akan datang. Beberapa foto unit ujian Prevé dan Exora pemanduan sebelah kiri ini telah dikongsikan oleh Hye RiTs.

Buat masa ini belum ada maklumat mengenai tarikh pelancaran rasmi kedua-dua model ini ke pasaran Mesir. Kami jangka Proton memerlukan sedikit masa lagi untuk melakukan ujian sebelum melancarkannya ke pasaran. Al maklumlah, faktor cuaca dan muka bumi di sana berbeza dengan negara kita, jadi pelbagai perkara perlu diambil kira terlebih dahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

preve dan exora test kat Mesir 2 preve dan exora test kat Mesir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


  • Yang ini memang terbaik, Mesir memang pasaran kuat untuk Proton. Sampai sekarang, Proton masih bina GEN-2 LHD dan CM Persona LHD untuk Mesir (dan Turki), kerana permintaan masih kuat. Bulan Februari 2016, Proton telah jual 120 unit (77 biji GEN-2) di Mesir !

    Kalau Proton boleh selesaikan masalah kualiti dll. untuk Prevé dan Exora, sudah tentu dua-dua akan diterima baik di Mesir… terutama Prevé. Dulu, Waja, Wira dan Saga pun hangat di situ.


    • Terbaik.. Perlu perbanyakkan model selain Gen2 Dan Persona di Mesir(Dan Turky).. Mungkin model Prevé Dan exora atau model yang mengikut keperluan di sana..
      Tingkatkan jualan kepada 300-350 setiap bulan.. Tingkatkan Mutu khidmat selepas jualan(wajib)..
      Model perdana mungkin sangat sesuai di Turky..


  • Hum if iam not mistaken ..the Proton Perdana (the Rebadged one) was presented to the prime minister /president of Turky as a Gift by the Malaysian Gov as symbol of friendship…

Leave a Reply