ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantaran unit pameran Honda Civic generasi baharu telah bermula

Views

Menjelang pelancaran rasmi model sedan segmen C yang paling diminati ramai Honda Civic generasi baharu pada 9hb Jun ini, kami telah menerima beberapa foto model tersebut yang telah mula diagihkan ke bilik bilik pameran Honda seluruh negara.

Model ini telah selamat tiba di Langkawi pada minggu lalu dan beberapa foto termasuk bahagian dalaman telah berjaya dirakam oleh Tarmizi Dalim. Satu lagi foto telah sempat dirakam oleh Hairol Sawal yang telah berjaya mengesan sebuah treler sedang mengangkut beberapa unit Honda Civic generasi baharu ke lokasi yang tidak diketahui.

Nantikan kemunculan rasmi Honda Civic generasi baharu hari Khamis ini. Kami akan cuba membuat liputan acara tersebut di Facebook rasmi kami. Dah like ke belum?

KLIK UNTUK BESARKAN

honda civic 2016 - langkawi4 honda civic 2016 - langkawi3 honda civic 2016 - langkawi2 honda civic 2016 - langkawi honda civic 2016 - atas treler

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply