Hari ini kita dikejutkan dengan kemalangan pertama yang melibatkan Proton X70 yang berlaku di Jalan Keretapi Lama Kapar menghala ke Tok Muda. Namun kami agak kesal dan terkilan kerana ramai netizen yang menjadikannya sebagai bahan jenaka. Untuk pengetahuan semua, menurut maklumat yang kami terima dari group Whatsapp Proton X70 mengatakan SUV tersebut dipandu oleh isteri kepada pemilik bersama anaknya.
Kejadian berlaku apabila ada sebuah kereta lain keluar simpang secara tiba-tiba dan mengakibatkan pemandu X70 tersebut terkejut, lalu hilang kawalan dan menjunam ke dalam sebuah parit. Menurut pemilik X70 tersebut, isterinya masih lagi tidak sedarkan diri dan anaknya pula mengalami patah kaki. Mereka kini sedang dirawat di hospital manakala kereta tersebut telah dibawa ke Balai Polis Kapar Indah untuk membuat laporan.
JOM BACA >> INTIP : Lynk & Co 01 dikesan – Adakah ini ‘keldai ujian’ Proton X50?
Proton X70 yang malang ini kemudiannya akan ditunda ke pusat Cat dan Badan di Pusat Kecemerlangan Proton. Kami berdoa supaya mangsa segera pulih dan berharap agar pemilik X70 tabah hadapi dugaannya. Semoga segalanya dipermudahkan. Jom kita doakan yang terbaik buat mereka, sudah-sudah lah tu membawang dan mempersendakan musibah yang melanda mereka. Takziah kami ucapkan.
* Kemaskini – Menurut laporan dari Kosmo Online, wanita yang memandu Proton X70 mengalami pendarahan di bahagian kelopak mata, manakala salah seorang anaknya yang berusia 13 tahun turut mengalami kecederaan di bahagian kaki. Kes tersebut kini disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan menyebabkan kemalangan.
Syukurlah semuanya selamat, semoga cepat sembuh!
JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT ke tu?
KLIK UNTUK BESARKAN
Ciri2 org Malaysia (x kira Melayu, Cina, India, dsb.) yg mcm lahanat:
1. Bodoh, x reti guna signal (x beri signal langsung) bila nak memotong, keluar simpang etc.
2. Bagi lampu hazard ketika kereta bergerak (termasuk dlm hujan, follow sedara dlm ambulan, van jenazah di depan etc.)
3. Bagi flash (or high-beam) utk memotong di lorong kanan.
Mintak abg funtasticko buat video pasal item 2 dan 3.
Lampu hazard hanya untuk kecemasan bagi menunjukkan yg kenderaan kita akan berhenti secara kecemasan. Kalau hujan, x boleh guna hazard lamp. Bukak lampu depan supaya lampu blkg turut menyala, bg meningkatkan visibility kenderaan utk orang belakang. Mana yg ada rear fog lamp, time ni la korang patut on lampu tersebut. Bukan time cuaca terang korang bukak rear fog light (ehem2 driver Vios). Yg mana lampu belakang rosak (termasuk lampu brek ketiga), yg ni la patut polis@JPJ saman.
Pasal flash utk memotong, mana la diorang belajar ni? Puas aku belek2 buku sekolah memandu, x de pun tatacara utk memotong dgn flash kenderaan depan. Bagi signal, biarpun hanya ada satu kereta di depan. Kalau kereta di depan x nak ketepi, korang horn la dgn sepanjang2nya. Itu namanya tak de adab (kereta depan tu). Bukan apa, skrg ni dh banyak perangai orang memotong di lane kiri.
Orang Melaka ada peribahasa utk ketiga2 org di atas. “Kecik2 tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang”
Satu lagi nyalakan lampu hazard beberapa saat sebagai tanda terima kasih kepada pemandu lain.. Tiada dalam buku sekolah memandu..
:p
Cara adap sopan pemandu di Jepun sbgai tanda terima kpd pemandu lain,contohnya stelah mmberi laluan masuk ataupun slepas memotong…..org brbudi kita brbahasa?♂️?♂️
No 3 Tu saya x marah sebab mungkin dia nak laju Ada hal nak dikejar. Kita dah tahu x laju duk lane tengah atau lane Kiri je laa. Ada waktu saya memandu Di NSE, mamat mana tah duk lane kanan bawak 100km/j di kawasan sepatutnya 110 km/j. Ada la dekat 20 kereta ikut belakang dia. Nak potong x boleh. Patut ke perangai macam Tu?
Bab jgn high beam lampu tu aku x setuju… Lebih baik high beam dari hon… Bila kenderaan bergerak dlm kelajuan 80km/h>… Bunyi hon akan tengelam oleh kenderaan d hadapan… Lg satu… Kalu driver OKU pekak… Mcm mane nak dengar bunyi hon… High beam lembih releven
Bab jgn high beam lampu tu aku x setuju… Lebih baik high beam dari hon… Bila kenderaan bergerak dlm kelajuan 80km/h>… Bunyi hon akan tengelam utk didengari kenderaan d hadapan… Lg satu… Kalu driver OKU pekak… Mcm mane nak dengar bunyi hon… High beam lebih releven
Semoga mangsa cepat sembuh dan tak ada kemalangan jiwa. Ini semua telah tertulis.
Benda kemalangan bukan lah perkara main – main. Pemandu yang bawa pun perempuan. Cara Pemandu rakyat Malaysia pun kadang kadang macam orang tak berlesen. Kasihan keluarga malang ini.
No 3 Tu saya x marah sebab mungkin dia nak laju Ada hal nak dikejar. Kita dah tahu x laju duk lane tengah atau lane Kiri je laa. Ada waktu saya memandu Di NSE, mamat mana tah duk lane kanan bawak 100km/j di kawasan sepatutnya 110 km/j. Ada la dekat 20 kereta ikut belakang dia. Nak potong x boleh. Patut ke perangai macam Tu?