Pemuja jentera berprestasi tinggi dari Jepun pasti akan berdarah hidung apabila melihat model prototaip Honda Civic Type R 2018 membuat penampilan di Amerika Utara sempena SEMA 2016 yang berlangsung di Las Vegas. Model yang bakal berentap dengan Ford Focus RS ini telah pun membuat kemunculan sulungnya di Paris Auto Show.
Jentera prototaip ini tampil dengan kemasan seakan titanium yang diberus, namun ia mungkin tidak akan dibawa ke fasa pengeluaran. Akan tetapi, rupa bentuk luarannya mungkin dikekalkan untuk versi atas jalan nanti. Rekaan hadapan serba baharunya tampil lebih garang dengan skup pada bahagian hud, lengkung tayar yang lebih lebar, spoiler belakang besar, lampu kabus dan semestinya lencana merah Honda serta logo ‘Type R’.
Untuk pasaran Amerika, Civic Type R akan turut menggunakan jantung yang sama berkapasiti 2.0-liter turbo empat-silinder yang telah ditala semula untuk mengatasi 306 hp dari unit sedia ada. Tidak seperti pesaingnya Focus RS, Honda hanya menawarkan versi pacuan roda hadapan sahaja. Adakah harapan untuk kita melihat model ini dibawa masuk oleh Honda Malaysia nanti? Kita sama sama nantikannya!
KLIK UNTUK BESARKAN
Tahniah funtasticko..sejak kebelakangan ini byk berita terbaru.. perlu lebih terkini apa2 saja isu mengenai kereta atau keselamatan jln raya dan isu2 yg berkaitan.. semuga lebih bervariasi..
Ambil contoh pada PAULTAN.
Civic Type R memang memberahikan.. Harga untuk varian Type R sememangnya tinggi.. mungkin tidak dibawa masuk ke Malaysia tetapi peminat Type R boleh import recon JDM spec selepas 4 tahun..